Harini cukup 1 minggu Training kat Ageis. Belajau pasal produk client. Masa training ni rehat agak limited and tak sempat nak makan pun. Mujur harini bawak bekal amicobell . Mulut Trainer kumat kamit mengajau kat depan, aku pun kumat kamit mengunyah benda ni kat belakang.



Untuk korang yang selalu busy-busy tu sampai takda masa nak makan, nah kasi order kat amicobell satu kali.. Kalau tak silap aku, dia ade buat delivery utk certain area. Unik, sedap dan mengenyangkan. Apa kata korang pulak cuba try test makan chesekut nih
Assalamualaikum, dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kenalan yang mengenali diri aku ni, kepada yang tak kenal tu Selamat Hari Raya jugak aku ucapkan.. Yela takkan la aku nak ucapkan selamat memandu kat korang pulak kan? :p  Semoga segala pengorbanan yang kita buat mendapat keberkatan oleh-Nya. Semoga kita semua diampunkan dosa dan memperoleh kebahagiaan di sini dan di akhirat nanti. 

Pejam celik rupa-rupanya dah 3 tahun blog aku ni takda post baru. Akibat daripada kekangan masa, aku terpaksa lupakan blog ni untuk aku fokuskan kepada hal lain. Mungkin ini adalah salah satu pengorbanan yang aku kena buat untuk aku perolehi sesuatu yang lebih baik kan..kan?? Tahun ni, 2015 aku rasa macam nak berjinak sikit-sikit dengan blog ini semula. Sekurang-kurangnya blog ni boleh jadi diari ringkas aku untuk masa akan datang.




Hari Raya Aidiladha tahun ni berbeza sikit dengan tahun lepas. Sebenarnya hari raya tahun lepas yang berbeza sikit dengan sebelumnya. Haaaa.. pening tak ayat aku ni hahaha.. Berbeza maksud aku tu adalah tahun lepas aku beraya dengan family orang lain dan jauh sikit bersempena dengan program Qurban Perantauan KPTM. Aktiviti tu berlangsung di Masjid Animan, Sungai Panas Kampung Melayu Batam, Indonesia.

Masa tu syahdu dia lebih sikit lah sebab beraya berjauhan dengan family kononnya. Padahal happy aje macam kat dalam gambar tu hehe. Alhamdulillah, banyak ilmu yang aku dapat bile berada di negara orang ni. Terutamanya adat mereka, pakaian mereka, makanan mereka dan lain-lain. Tahun ni, aku dapat beraya dengan keluarga sendiri, dalam rumah sendiri dan dalam negara sendiri. Semua tu ada perbezaannya. Yang penting kita harus bersyukur dengan apa yang ada. barulah hidup ni rasa tenang.. InsyaAllah.


Ada banyak benda nak cerita pasal beraya di Batam ni, tapi cukuplah sampai sini je untuk kali ni. 3 tahun tak mengarang, rasa macam blank pun ada sebab tak tau nak cerita mana satu dulu. Banyak sangat nak sumbat kat dalam entry ni. Sebelum aku tiba-tiba menjerit sorang-sorang kat hall ni, lagi baik aku noktahkan entry ni dulu dengan harapan aku akan ada nafsu nak menaip untk entry lain.

Sekian.