Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards | Day 1

, , No Comments
MITBCA

Assalamualaikum.. thanks sudi singgah blog ni.. Semalam telah berakhirnya event Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards. Aku adalah salah seorang delegates yang hadir untuk conference yang dibuat kali ini. Best ke? Hehehe dalam post kali ni aku nak share sedikit info dan ilmu yang aku dapat.

It's me Yeahh...!

Majlis nie dah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka iaitu Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Mei 2012 yang lepas hasil kerjasama di antara Kementerian Pelancongan Malaysia dan beberapa Non-Government Organization (NGO). 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Tujuan conference ni diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan media sosial  dalam industri pelancongan dan memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis blog yang berkongsi pengalaman mereka di dalam laman blog masing-masing.Secara tak langsung menggalakkan penulis-penulis blog pelancongan di Malaysia untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terbaik di Asia.

Hari pertama telah dimulakan dengan majlis perasmian oleh Menteri Pelancongan Malaysia YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen. Kemudian diteruskan dengan aktiviti yang menarik iaitu minum pagi.. hehehe. Secawan kopi dan kuih muih menjadi alas perut aku untuk pagi tu. 

YB Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen
Lepas perut dah berisi dan tenaga pun dah bertambah, tiba lah masa untuk mulakan majlis  dengan tajuk pengenalan “Outreach Beyond Travel Bloggers” yang disampaikan oleh Sheila Scarborough (USA).  Yeah, aku suka gaya dan cara penyampaian dia. Kelakar dan mudah nak faham apa yang disampaikan olehnya walaupun English aku tahap budak tadika :p

Sheila Scarborough (USA)

Tajuk perbincangan sesi pertama ialah ‘Creating an Engaged Tourism Social Media Community’. Speaker adalah  Ali Watters (Scotland), Kiruba Shankar (India), David Hogan Jr. (Malaysia), Shane Dallas (Australia). Dr Mridula Dwivedi (India) adalah moderator untuk sesi pertama. Banyak tips yang diberikan oleh mereka. Untuk memudahkan delegates memahami apa yang cuba disampaikan, Kiruba Shankar sanggup mengendong/encang salah seorang delegates... Yes, that is the best example yang dilakukan oleh speakers :D

Ali Watters (Scotland) 
Kiruba Shankar (India)
David Hogan Jr. (Malaysia)
Shane Dallas (Australia)

Dr Mridula Dwivedi (India)
Lepas tu majlis diteruskan dengan aktiviti menarik iaitu LUNCH BREAK hahahaha :D Makanan yang disediakan oleh Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur memang 2 thumbs up :D

Sesi kedua dimulakan pada pukul 2.30 PM, speaker untuk sesi kedua ialah Joe Lee @ Klubbkidd (Malaysia), Anuradha Goyal (India), James Craven (UK), Iman Brotoseno (Indonesia). Moderator untuk sesi ni pula ialah Stephen Doss (Malaysia). Tajuk yang dibincangkan ialah ‘Entrepreneurship in Tourism Using Social Media’
Joe Lee @ Klubbkidd (Malaysia)  

Anuradha Goyal (India)
James Craven (UK),
Iman Brotoseno (Indonesia)
Stephen Doss (Malaysia)

Sesi kali ni aku tak berapa nak faham sangat. Terlalu banyak slide. Tapi malangnya, slide yang ditunjukkan hanya boleh dibaca jika aku duduk betul-betul disebelah projector. Kenapa? Sebab font yang ditayangkan amatlah comel, kecil dan kabur. Mungkin disebabkan projector yang digunakan tak mampu nak siarkan gambar yang lebih berkualiti.

Sesi ketiga ‘Enjoy Your Holiday and Talk About It’ adalah sesi terakhir untuk hari pertama, moderatornya ialah Khairul Anuar bin Shaharudin@Kruel74 (Malaysia) manakala speaker pula Windy Ariestanty (Indonesia), Michael Aquino (Philippines), Anis Nabilah (Malaysia), Hanie Hidayah (Malaysia). 


Khairul Anuar bin Shaharudin@Kruel74 (Malaysia)

Windy Ariestanty (Indonesia)
Michael Aquino (Philippines)

Anis Nabilah (Malaysia)
Hanie Hidayah (Malaysia)
Sesi kali ni lebih kepada speaker menceritakan pengalaman diorang sepanjang percutian dan macam mana diorang menggunakan media sosial untuk menyampaikan pengalaman  dan kegembiraan kepada rakan-rakan dan dunia. Bagi aku sesi terakhir ni adalah sesi yang paling menarik sebab dapat tengok gambau-gambau dan video diorang melancong terutamanya video daripada Hanie Hidayah (Malaysia).

Majlis berakhir pada pukul 5.00 PM. Para delegates dijamu dengan minum petang yang sedap :)
Omnomnom :)

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards | Day 2 
Coming Soon..

0 comments: