Selamat Hari Raya AidilAdha 2011

, , No Comments
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya AidilAdha aku ucapkan kepada pembaca blog saddamlife, itu pun kalau ada lah… Al-maklum, aku pun lama mendiamkan diri kat dalam blog saddamlife ni. Harap-harap still ada pembaca yang sudi membaca :)
kredit: profhariz

Waktu post ini dikarang, aku sedang berada di rumah Mak Lang iaitu rumah makcik aku kat Melaka. Kenapa aku ada di Melaka? Ofcoz le sebab hari raya kan..kan? Actually ada lagy sebab yang membuatkan kenapa aku ada di Melaka ni. Berita ni boleh dikatakan berita yang kurang baik. Atok aku iaitu Atok Harun sedang terlantar di wad ICU Hospital Melaka. Atok sedara aku pulak iaitu Atok Aim sedang terlantar di wad biasa hospital yang sama. Dua-dua tidak sedarkan diri.
kredit: kehadiranku

 Tolong doakan semoga mereka cepat sembuh ye kawan-kawan :(

Aku harap mereka dapat sedarkan diri dan memulakan hari mereka seperti biasa. Sampai sini saje post ni. Sekali lagy aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan semua ye :)

P/s: Atok sedara aku dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian excident langgar lari tempoh hari di Melaka. Beliau meunggang motosikal sewaktu kejadian berlaku.

0 comments: