“Fatin Liyana bakal doktor jelita” Itulah tajuk yang
tertulis kat dalam surat khabar Mingguan Malaysia edisi 6 November 2011. Kat
bawah nie screen shot yang aku sempat tembak :)
Cik Fara Schul yang bagitau aku Cik Kak Fatin Liyana ni masuk paper :)
Amacam, pernah Nampak muka Cik Kak Fatin Liyana nie? Mungkin
korang rasa pernah kot tapi kat surat khabar lain. Ya, tekaan korang tepat, sebelum
ni pun muka Fatin Liyana ni memang dah pernah masuk surat khabar iaitu surat
khabar Metro. Kalau korang tak percaya... korang boleh pergy tanya kat pakcik
aku, Pakcik Google hehehe :)
Hebat bukan? Kali ni cerita pasal Cik Kak Fatin ni disiarkan
kat dalam surat khabar Mingguan Malaysia pulak. Esok lusa mungkin kat dalam
surat khabar Bahasa Inggeris New straits times, surat khabar Bahasa Cina Sin
chew daily atau pun surat khabar Bahasa Tamil Makkal Osai hehehehe... Cukup
1Malaysia.
Cerita yang disiarkan kali ni berkaitan dengan pengalaman
Cik Kak Fatin Liyana menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan. Sesuai dengan
tarikh artikel tu disiarkan iaitu tarikh Hari Raya Haji 2011. Agak-agak korang
bila agaknya wartawan nak buat artikel pasal aku pulak...hahahha :D kalau ada
pun wartawan yang nak buat artikel pasal aku, pening kepala wartawan tu nak
fikir topik apa nak bagi... Lain lah Cik Kak Fatin Liyana tu, blogger terkenal,
bakal doktor pulak tu. Memang package lah wartawan mana yang dapat buat artikel
pasal dia. Tak gitu Kak Limah? Oppss..hehehe
Oklah sampai sini je entry ni ye...tata :)
P/s: Hari tu aku baru je buat entry berkaitan dengan Cik Kak
Fatin Liyana ni.. tup tup harini muka dia terpampang kat surat khabar.. hebat
hebat :)




