Salam, jom main boling??? heehehe Biasanya orang cakap sukan boling nie mahal. HAAA… kali nie takde alasan mahal dah. Dengan RM 5.50, korang dapat main 3 GAME… Yes, bukan 1 GAME, bukan 2 GAME tapi 3 GAME. Ampang Superbowl buat Promosi Gila nie kat website Mydeal.

Aku taknak citer panjang-panjang… korang boleh tengok sendiri Promosi Gila nie dengan klik gambar dibawah….
(klik banner nie untuk tengok promosi)
Salam, biasa main boling tak? Alaaa… sukan yang golek-golek bola tu. Pastu kalau dapat 1 STRIKE jerit macam dapat PERFECT GAME. Tak percaya? Esok korang pergi duduk kat mana-mana boling centre kat Malaysia ni. Macam-macam gelagat ada.

Sukan boling ni tak mewajibkan korang untuk ada bola boling sendiri. Korang boleh gunakan House Ball yang disediakan.Macam-macam warna ade, hijau, biru merah, kuning, pink..MERIAH bukan? Untuk berat pulak, setakat yang pernah aku nampak paling ringan ialah 6 Pound (tak banyak tempat ada) dan paling berat ialah 15 Pound. SUDAH.. Diam Kau wahai Saddam. Tunjukkan kami bola boling nyer.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kepada KPTMKL Bowlers sila fikirkan cara untuk beli bola macam ni.huhuhuu"











Amacam? Rasa-rasa korang nak beli tak? Hehehehe fikir-fikirkanlah.




“Fatin Liyana bakal doktor jelita” Itulah tajuk yang tertulis kat dalam surat khabar Mingguan Malaysia edisi 6 November 2011. Kat bawah nie screen shot yang aku sempat tembak :)
 Cik Kak Fatin Liyana ni masuk paper :)

Amacam, pernah Nampak muka Cik Kak Fatin Liyana nie? Mungkin korang rasa pernah kot tapi kat surat khabar lain. Ya, tekaan korang tepat, sebelum ni pun muka Fatin Liyana ni memang dah pernah masuk surat khabar iaitu surat khabar Metro. Kalau korang tak percaya... korang boleh pergy tanya kat pakcik aku, Pakcik Google hehehe :)

Hebat bukan? Kali ni cerita pasal Cik Kak Fatin ni disiarkan kat dalam surat khabar Mingguan Malaysia pulak. Esok lusa mungkin kat dalam surat khabar Bahasa Inggeris New straits times, surat khabar Bahasa Cina Sin chew daily atau pun surat khabar Bahasa Tamil Makkal Osai hehehehe... Cukup 1Malaysia.

Cerita yang disiarkan kali ni berkaitan dengan pengalaman Cik Kak Fatin Liyana menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan. Sesuai dengan tarikh artikel tu disiarkan iaitu tarikh Hari Raya Haji 2011. Agak-agak korang bila agaknya wartawan nak buat artikel pasal aku pulak...hahahha :D kalau ada pun wartawan yang nak buat artikel pasal aku, pening kepala wartawan tu nak fikir topik apa nak bagi... Lain lah Cik Kak Fatin Liyana tu, blogger terkenal, bakal doktor pulak tu. Memang package lah wartawan mana yang dapat buat artikel pasal dia. Tak gitu Kak Limah? Oppss..hehehe

Oklah sampai sini je entry ni ye...tata :)

P/s: Hari tu aku baru je buat entry berkaitan dengan Cik Kak Fatin Liyana ni.. tup tup harini muka dia terpampang kat surat khabar.. hebat hebat :)

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya AidilAdha aku ucapkan kepada pembaca blog saddamlife, itu pun kalau ada lah… Al-maklum, aku pun lama mendiamkan diri kat dalam blog saddamlife ni. Harap-harap still ada pembaca yang sudi membaca :)
kredit: profhariz

Waktu post ini dikarang, aku sedang berada di rumah Mak Lang iaitu rumah makcik aku kat Melaka. Kenapa aku ada di Melaka? Ofcoz le sebab hari raya kan..kan? Actually ada lagy sebab yang membuatkan kenapa aku ada di Melaka ni. Berita ni boleh dikatakan berita yang kurang baik. Atok aku iaitu Atok Harun sedang terlantar di wad ICU Hospital Melaka. Atok sedara aku pulak iaitu Atok Aim sedang terlantar di wad biasa hospital yang sama. Dua-dua tidak sedarkan diri.
kredit: kehadiranku

 Tolong doakan semoga mereka cepat sembuh ye kawan-kawan :(

Aku harap mereka dapat sedarkan diri dan memulakan hari mereka seperti biasa. Sampai sini saje post ni. Sekali lagy aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan semua ye :)

P/s: Atok sedara aku dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian excident langgar lari tempoh hari di Melaka. Beliau meunggang motosikal sewaktu kejadian berlaku.




=> Nantikan Entry Penuh Akan Datang..... : )