Laman Web Jabatan Agama Islam Pahang Digodam

, , No Comments
Salam, dah sebulan lebih aku tak buat update kat blog nie. Kekangan masa menyebabkan perkara ini berlaku. Adakah aku sendiri tidak pandai menguruskan masa?? Mungkin ya, mungkin tidak. Alang-alang menyeluk pekasam nie, aku rasa sempat lagy kalau aku nak ucap Selamat Hari Raya  kat korang sume… hahahha gila punya lambat aku wish. Ok lagy ape. Open house pon berlambak di penghujung raya ni. Boleh dikatakan hari Sabtu dan Ahad korang telah ditaja. Betul tak? hehehe.

Hehehe, kalau nak ucap Selamat Hari Malaysia sempat lagy tak :p

Pagy nie aku merayau-rayau kat dalam Facebook. Terjumpa pulak info nie. Then aku pon terlintas nak buat satu post. Kali terakhir aku bukak website Jabatan Agama Islam Pahang ialah pada pukul 5.22 a.m hari Isnin. Laman web tersebut telah digodam. Paparan yang dikeluarkan ialah tapak tangan merah dan tertera perkataan ‘hacked’.

Screenshot Laman  Web Jabatan Agama Islam pahang Yang Diserang

Inilah perkara yang hacker yang terkenal di Malaysia iaitu pihak Gaysec cuba elakkan. Mereka akan godam laman-laman web di malaysia yang berpotensi untuk digodam oleh pihak luar supaya negara kita, Malaysia tidak di ‘ayam-ayam’ kan dari segi IT oleh negara luar.

Tapi aku nak ingatkan kepada kawan-kawan senegara aku, jangnlah mudah melenting dengan isu ini. Ya memang tertera disitu perkataan

‘We love Indonesia and F*cking Malaysia’

Percayalah kawan-kawanku sekalian. Perkara ini memang sengaja dimainkan oleh sesetengah pihak supaya hubungan negara kita iaitu Malaysia dan negara Indonesia renggang. Dan secara tidak langsung membuatkan negara Malaysia menjadi negara yang tidak aman. Berhati-hatilah.

Sebagai penutup. Aku nak ajak semua kawan-kawan supaya berhati-hatilah di alam siber dan sayangilah negara kita. Kalau bukan kita sebagai rakyat di Malaysia ni, siapa lagy?

P/s: entah kenapa aku rasa Internet dah semakin bahaya :(

Sumber: KenaHack, Amanz


0 comments: