Salam, hai kawan-kawan… terima kasih ye sudi singgah blog saddamlife nie. Walaupun entry-entry kat dalam nie tak sehebat entry-entry blog lain, sudi jugak korang datang eh…. Thanks a lot.
1st of all aku nak ucapkan selamat berpuasa ye..hehehe :p aku tak sempat nak ucap selamat berpuasa lagy kat korang semua.



Baiklah, jom jump ke tajuk entry nie. Korang pernah makan kat Délifrance? Délifrance nie ialah kedai roti yang menawarkan roti-roti tradisional Eropah. Disamping itu, Délifrance juga ade menawarkan pasta dan sandwich. Ada jugak menu-menu menarik yang lain kat Délifrance nie. Kalau nak tau lebih, korang boleh pergy ke Délifrance sendiri ye heheehe :)

Kupon Everyday Délifrance


Jom Berbuka !!!

Kenapa aku pilih menu tu??? Nie disebabkan sebelum nie aku ada beli kupon diskaun daripada laman web diskaun yang terkenal di Malaysia iaitu www.everyday.com.my   dan menu yang tercatat kat dalam diskaun tu  ialah Beef Bolognaise + Sjora drink  dan Chicken Bolognaise + Sjora drink. Sebenarnya banyak lagy menu-menu Délifrance yang  lain kat www.everyday.com.my , tapi apekan daya, aku terlambat untuk beli. Pihak www.everyday.com.my telah menutup tawaran diskaun tu lebih awal sebab kupon-kupon tu laku bagaikan PISANG PANAS.  Ada diantara kupon-kupon diskaun nie iaitu Chicken Bolognaise + Sjora drink telah dijual sebanyak 3025 kupon…. WOW, GOOD JOB www.everyday.com.my :D


Délifrance Beef Bolognaise.

Délifrance Chicken Bolognaise.

Untuk harga makanan yang aku makan semalam ialah hanya RM5 untuk setiap set. Maksud aku kat sini ialah, Beef Bolognaise + Sjora drink  hanya RM5 manakala Chicken Bolognaise + Sjora drink juga hanya RM5. Amacam??? Murah tak??  Inilah untungnya bila kita beli kupon diskaun kat laman-laman web macam www.everyday.com.my  nie.

Set Berbuka untuk 1 orang. Hanya RM5 je tau.

Jumlah kupon yang aku gunakan semalam ialah 4 kupon. 2 kupon untuk Délifrance Beef Bolognaise dan 2 kupon lagy untuk Délifrance Chicken Bolognaise. 1 daripada 4 kupon tu aku upgrade air. Aku hanya perlu bayar Rm3 untuk menukar air Sjora drink iaitu Mango Peach kepada secawan Cappuccino. Kalau korang tak suka Cappuccino korang boleh pilih Latte. Ape-ape pon semua air yang aku minum memang best dan sedap :)

Secawan Délifrance Cappuccino.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ialah RM20(everyday kupon) + RM3(cappuccino) + RM3.70(Svc-Chrg & Govt Tax)
RM 26.70
MURAH BUKAN?

So, marilah kita shopping di  www.everyday.com.my . JOM berjimat tapi jauhi sifat kendekut. Sesungguhnya aku tidak menggemari orang kendekut :D
Salam, sedihhh……… tapi aku bangga kerana  Datuk Lee Chong Wei berjaya buat pertama kalinya memasuki peringkat AKHIR. Walaupun kalah, tapi nie kalah yang tetap membanggakan. Satu perlawanan badminton yang paling menarik aku pernah tonton. Aku yang tak main pun jantung bukan main laju lagi, macam mana lah agaknye jantung Datuk Lee Chong Wei ek? Aiiissshhh.. Oklah, sampai sini je quick update aku pasal badminton nie… TATA.

p/s: Keputusan penuh 22-20, 21-14, 21-23
Salam sedikit kekecewaan untuk rakyat Malaysia kerana Datuk Lee Chong Wei elum berjaya memenangi Piala Dunia. Datuk Lee Chong Wei kalah di set kedua dengan keputusan 21-14. Sekarang nie mereka baru memulakan set penentuan. Doakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei  ye kawan-kawan.
Salam, nie ade update pendek berkenaan Pertandingan Badminton Piala Dunia. Ada berita gembira untuk rakyat Malaysia. Datuk Lee Chong Wei telah MEMENANGI set 1 sebentar tadi dengan keputusan 22-20. Sekarang nie Datuk Lee Chong Wei sedang bertungkus lumus untuk mengalahkan lawannya iaitu Lin Dan.
Mereka sedang seri 10-10 sekarang ni.