Salam... 2-1 itulah angka kemenangan Pasukan Malaysia terhadap Taiwan/Chinese Taipei.  Korang tau tak aku citer pasal ape nie? aku tengah citer pasal perlawanan bola sepak lah :) Tadi da berlangsungnya perlawanan pertama diantara kedua-dua negara.

Aidil Zafuan


Walaupun Malaysia menang 2-1 tadi.... tetapi muka tidak puas hati dan resah jelas terpancar di muka penjaring gol ke-2 Pasukan Malaysia pada malam tadi iaitu Aidil Zafuan. Mungkin beliau risau dengan bekalan yang sedikit ini untuk dibawa ke Taiwan/Chinese Taipei. Safiq Rahim adalah penjaring gol pertama 
(pembuka selera)
Safiq Rahim

Berdasarkan keputusan sekarang nie, Taiwan/Chinese Taipei hanya perlu menang 1-0 disana nanty. ini kerana Taiwan/Chinese Taipei telah mempunyai kelebihan 'gol ditempat lawan'. 

Walaupun Taiwan/Chinese Taipei dapat kelebihan tu..... aku tetap yakin Pasukan Malaysia akan menang dalam perlawanan ni sebab kalau Taiwan/Chinese Taipei ada kelebihan 'gol ditempat lawan' Malaysia pon ada kelebihan sendiri... nak tau? Malaysia hanya perlu buat 1 jaringan awal dan maintain sehingga tamat perlawanan nanti... masa tu.... walaupun seri 1-1 di Taiwan/Chinese Taipei... Malaysia tetap jadi pemenang disebabkan keputusan agregat... So, Pasuakan Malaysia masih mempunyai peluang yang cerah..... 
Taiwan/Chinese Taipei
Malaysia



Good Luck Pasukan Malaysia.... semoga kemenangan akan menjadi milik anda pada 3 Julai nanty :) dan aku nak ucapkan TAHNIAH diatas kemenanagan sebentar tadi..
Salam, hai... sadis tak tajuk entry nie...heehehehe korang ingat lagy entry aku yang pasal memancing tu? kalau tak ingat... nie link post tu.... PERTANDINGAN MEMANCING DI TASIK SRI PERMAISURI
Patin adalah antara spesis ikan yang banyak di Tasik Sri Permaisuri.

Actually, takde sesape punye duit yang lesap... maksud tajuk entry aku nie... duit hadiah pertandingan RM 10 000 yang aku idam-idamkan tu tak jadi milik aku pon. Dah jadi milik orang lain.... isk isk isk :( Dalam pertandingan tu ade 143 hadiah untuk pemancing-pemancing yang masuk pertandingan tempoh hari... Tetapi 1 hadiah pon tak dapat aku bawak balik... aku hanya dapat bawak balik kulit yang lebih gelap setelah berjemur dibawah Sinaran Passport Kegemilangan.... eh silap, sinaran matahari le... maklumlah, bile da duduk kat tepi air.. 1 cahaya matahari datang dari atas...1 lagy cahaya matahari datang dari bayang-bayang air pulak.. tak ke jadi bumi nie ade 2 matahari?? hehhehehe

Walaupun aku tak dapat hadiah... aku tetap redha dan berfikir.... bukan semua pertandingan yang kita masuk kita akan jadi pemenang.... sekali-sekala kita patut menjadi seorang pemerhati sahaja... barulah adil dunia nie kan :)

Mungkin lepas nie Kalau Tasik Sri Permaisuri yang telah dirasmikan pada tahun 1989 nie buat pertandingan memancing lagi.... aku rasa aku akan tetap mencuba lagy nasib di lain hari :)

Taaaataaa :D

P/s: Tahniah majalah Mastika kerana telah menyambut ulang tahun yang ke-70. TAHNIAH sekali lagy.
SALAM, halo halo.. korang minat memancing tak? Mesty ade yang jawan ye..and mesty ade yang jawab tak. Actually benda nie bergantung kepada diri masing-masing… Biasanye kalau tanye orang yang tak minat memancing ni…diorang cakap aktiviti memancing adalah aktiviti yang membuang masa dan membuang duit. Kat bawah nie aku ade berita sikit untuk menunjukkan kat korang yang memancing nie bukanlah aktiviti yang membuang masa dan membuang duit semata-mata… malahan memancing nie boleh menjadikan beg dompet atau pun beg tangan korang penuh dengan duit… nak tau macam mana???? Baca lagy kat bawah nie..

Nie lah gambau tasik nye..

OK… sebelum korang fikir benda-benda yang merepek seperti meancing duit di tasik/laut/lombong dss… lebih baik aku straight to the Ampang point. Cara utk dapat duit dengan memancing ialah….korang masuklah pertandingan memancing… memang tak dinafikan.. memang susah nak dapat ikan… tapi mencuba lebih baik daripada tak buat ape-ape and then kalau korang masuk dan kebetulan pulak korang dapat ikan terberat… kan rezeki durian runtuh namanye.

Kejap lagy aku akan pergi ‘berperang di Tasik Sri Permaisuri untuk anbil bahagian dalam pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Utusan Karya bersempena dengan Ulang Tahun ke-70 majalah Mastika. Hadiah utama pertandingan ni ialah RM 10 000. Banyak bukan? Itu baru hadiah pertama… belum campur dengan hadiah-hadiah lain. Sebanyak 70 hadiah disediakan oleh pihak penganjur yang baik hati untuk peserta…(harap-harap salah satu hadiah tu adelah terselit nama aku…heehehhe :) InsyaAllah )


So, sekarang nie… dapat atau tidak.. itu belakang kira. Yang penting aku da sediakan semua peralatan, umpan dan yang paling penting sekali aku berusaha. Kalau da tertulis aku akan dapat hadiah… aku akan dapat, tapi kalau tertulis bukan hari ni rezeki aku.. maka aku tak dapat lah maknanye. Ini semuua bukan kita yang tentukan. Hanya Allah s.w.t yang tentukan. Kita hanya perlu berusaha :)

Sampai sini dulu ye post nie....tata... :)