Terkini: Tanah Runtuh Di Hulu Langat

, , No Comments
LATEST UPDATE:  5.15 pagi

Setakat nie masih tinggal 7 orang lagi mangsa yang tertimbus. Jumlah mangsa juga meningkat menjadi 25 Orang. Sebelum nie media massa sampaikan maklumat 24 orang sahaja. Pukul 9pm lebih tadi, family aku dapat contact dengan jiran  aku tu.. khabarnye anaknya masih belum ditemui... Harap-harap anaknya selamat.. amin.

UPDATE:  1.07 pagi

Senarai nama mangsa telah dikeluarkan.. korang boleh check kat sini... NAMA MANGSA TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT.

Nama anak jiran aku tersenarai dalam mangsa yang masih tertimbus.... marilah kita doakan keselamatan Fahad.. Amin.

UPDATE:  1.45 pagi


Jumlah mangsa meninggal telah meningkat menjadi 12 orang...

facebook: Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat

UPDATE: 2.07 pagi


Dalam masa aku mencari any updated news pasal tanah runtuh nie.. aku terjumpa gambar-gambar tanah runtuh di Hulu Langat. ade diantara gambar-gambar tu sungguh menyayat hati. Semoga roh-roh mangsa yang telah meninggal aman disana... InsyaAllah. Mangsa yang masih belum ditemui pula,, aku masih berharap mereka masih lagi bernyawa.. InsyaAllah...

Kalau korang nak tengok gambar-gambar tu...

KLIK SINI

UPDATE: 4.15 pagi


Stakat jam 4.15 pagi tadi.. 5 orang mangsa dilaporkan stabil. Semuanya ditempatkan di Hospital Ampang. Nama-nama mangsa tersebut ialah:


1) Aizat,12
2) Muhd Alauddin Sobri,14
3) Muhd Syafiq Ibrahim,21
4) Khairul Anuar Nasri,9
5) Siti Fatimah Ibrahim,21

Manakala 3 orang lagi masih kritikal... nama mereka ialah:

1) Hairi
2) Izudin
3) Muhd Harris Izzudin Shahrul Azmi

Aku harap mangsa yang kritikal nie akan stabil.. InsyaAllah...
Nasib jiran aku masih tidak diketahui lagi..
Jumlah kematian meningkat menjadi 12 Orang.. 10 orang pelajar dan 2 orang penjaga. Semoga roh mereka aman disana.
4 orang lagi masih tertimbus.

UPDATE: 5.15 pagi


Lebih kurang pukul 5.00 pagi, telefon rumah aku berdering-dering... (Ayah kepada Fahad)Jiran aku baru je telefon tadi. Ayah aku yang berkomunikasi dengannya. aku duduk tepi je. Berita sedih. Anak jiran aku tu Meninggal, namanya Fahad. Kesihan Fahad.. die baik budaknya... Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin.
Aku difahamkan jenazahnya kini di Hospital Kuala Lumpur dan akan disemadikan di Hulu Langat. InsyaAllah.
waktu aku nak post latest update nie.. aku dengar jiran aku baru je balik rumah. aku tumpang simpati dengan musibah yg menimpa mereka. Rasanya, sampai sini je update yang aku boleh bagi... aku perlukan tidur sebentar dan InsyaAllah jika berkesempatan keluarga aku akan ke Hulu Langat lagi. Assalamualaikum.

0 comments: