Tanah Runtuh Di Hulu Langat

, , No Comments
TERKINI: 5 orang telah terkorban.
P/sJika anda tidak ade keperluan untuk ke Hulu Langat.... Tolong elakkan lalu dijalan berhampiran tanah runtuh... ini untuk memudahkan Kenderaan Pihak Berkuasa dan AMBULANS untuk ke tempat kejadian.. Kerjasama anda amat dihargai...

Assalamualaikum, dalam Post nie ade sedikit berita kurang baik.Aku baru balik dari tempat kejadian tanah runtuh yang menimpa anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Antara mangsa-mangsa tu, salah seorang antara mereka dipercayai anak jiran aku(depan rumah). Selepas dapat berita, aku,ayah dan emak bergegas ke hulu Langat. Sepanjang perjalanan ke Hulu Langat, aku nampak banyak Ambulan dan Kereta Pihak berkuasa termasuklah forensik, SMART, Bomba. Bunyi Siren di merata-rata. Dipertengahan perjalanan pula, hujan turun dengan lebatnya.

Bila sampai di tempat kejadian, kereta yang aku naik tak dapat meneruskan perjalanan ke tempat kejadian. Ini kerana pihak polis telah menutup jalan untuk ke tempat kejadian. Hanya kenderaan pihak berkuasa dan ahli keluarga yang terdekat dibenarkan masuk.

kat bawah nie ade beberapa gambar... 





Marlah kita berdoa semoga mangsa-mangsa selamat. Amin.


sumber: sini

0 comments: