Assalamualaikum, selamat pagi.... kat bawah nie ade senarai terbaru mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor.

Kesemua mangsa dapat dijumpai. Daripada 25 mangsa yang tertimbus, 16 orang meninggal, 9 orang lagi masih hidup. Walaubagaimanapun, 2 daripada mangsa yang masih hidup ditempatkan di ICU. Mangsa terakhir dijumpai pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada pukul 5.30 pagi.

Senarai nama 16 orang mangsa yang meninggal:

1) Azrel, 8 tahun
2) Nael, 8 tahun
3) Shahrul, 9 tahun
4) Boboy, 10 tahun
5) Farid, 34 tahun
6) Zaim *
7) Angah *
8 ) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18 tahun
10) Riz, 9 tahun
11) Lokman,11 tahun
12) Fahad, 9 tahun
13) Aiman,10 tahun
14) Hazim, 9 tahun
15) Mustakim *
16) Hasril, 11 tahun
*Nama jiran aku tu pada nombor *12 :(


Senarai nama 9 orang yang terselamat:

1) Khairul, 9 tahun
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33 tahun
8 ) Din, 30 tahun
9) Syafiq, 23 tahun

*2 orang mangsa ditempatkan di ICU dan seorang lagi sedang menjalani pembedahan. Semoga 3 orang mangsa nie selamat.Amin.
Salam, kat bawah nie ade senarai nama mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada petang tadi.


10 Mangsa yang meninggal:


1) Azrel, 8
2) Nael, 8
3) Shahrul, 9
4) Boboy, 10
5) Farid, 34
6) Eqim 
7) Zaim 
8 )  Angah 
9) Rahimi 
10) Zaid Ashwal, 18

6 mangsa yang masih tertimbus:



1) Riz, 9
2) Lokman, 11
3) Fahad, 9
4) Aiman, 10
5) Hazim, 9
6) Hasril, 11


9 Mangsa yang ditemui selamat:



1) Khairul, 9
2) Hairis 
3) Harris 
4) Akmal 
5) Aizat 
6) Alaudin 
7) Irwan, 33
8 ) Din, 30
9) Syafiz, 22


Nama anak jiran aku tu tersenarai dalam mangsa yang masih tertimbus(Fahad). Harap-harap Fahad selamat. Amin
LATEST UPDATE:  5.15 pagi

Setakat nie masih tinggal 7 orang lagi mangsa yang tertimbus. Jumlah mangsa juga meningkat menjadi 25 Orang. Sebelum nie media massa sampaikan maklumat 24 orang sahaja. Pukul 9pm lebih tadi, family aku dapat contact dengan jiran  aku tu.. khabarnye anaknya masih belum ditemui... Harap-harap anaknya selamat.. amin.

UPDATE:  1.07 pagi

Senarai nama mangsa telah dikeluarkan.. korang boleh check kat sini... NAMA MANGSA TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT.

Nama anak jiran aku tersenarai dalam mangsa yang masih tertimbus.... marilah kita doakan keselamatan Fahad.. Amin.

UPDATE:  1.45 pagi


Jumlah mangsa meninggal telah meningkat menjadi 12 orang...

facebook: Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat

UPDATE: 2.07 pagi


Dalam masa aku mencari any updated news pasal tanah runtuh nie.. aku terjumpa gambar-gambar tanah runtuh di Hulu Langat. ade diantara gambar-gambar tu sungguh menyayat hati. Semoga roh-roh mangsa yang telah meninggal aman disana... InsyaAllah. Mangsa yang masih belum ditemui pula,, aku masih berharap mereka masih lagi bernyawa.. InsyaAllah...

Kalau korang nak tengok gambar-gambar tu...

KLIK SINI

UPDATE: 4.15 pagi


Stakat jam 4.15 pagi tadi.. 5 orang mangsa dilaporkan stabil. Semuanya ditempatkan di Hospital Ampang. Nama-nama mangsa tersebut ialah:


1) Aizat,12
2) Muhd Alauddin Sobri,14
3) Muhd Syafiq Ibrahim,21
4) Khairul Anuar Nasri,9
5) Siti Fatimah Ibrahim,21

Manakala 3 orang lagi masih kritikal... nama mereka ialah:

1) Hairi
2) Izudin
3) Muhd Harris Izzudin Shahrul Azmi

Aku harap mangsa yang kritikal nie akan stabil.. InsyaAllah...
Nasib jiran aku masih tidak diketahui lagi..
Jumlah kematian meningkat menjadi 12 Orang.. 10 orang pelajar dan 2 orang penjaga. Semoga roh mereka aman disana.
4 orang lagi masih tertimbus.

UPDATE: 5.15 pagi


Lebih kurang pukul 5.00 pagi, telefon rumah aku berdering-dering... (Ayah kepada Fahad)Jiran aku baru je telefon tadi. Ayah aku yang berkomunikasi dengannya. aku duduk tepi je. Berita sedih. Anak jiran aku tu Meninggal, namanya Fahad. Kesihan Fahad.. die baik budaknya... Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin.
Aku difahamkan jenazahnya kini di Hospital Kuala Lumpur dan akan disemadikan di Hulu Langat. InsyaAllah.
waktu aku nak post latest update nie.. aku dengar jiran aku baru je balik rumah. aku tumpang simpati dengan musibah yg menimpa mereka. Rasanya, sampai sini je update yang aku boleh bagi... aku perlukan tidur sebentar dan InsyaAllah jika berkesempatan keluarga aku akan ke Hulu Langat lagi. Assalamualaikum.

TERKINI: 5 orang telah terkorban.
P/sJika anda tidak ade keperluan untuk ke Hulu Langat.... Tolong elakkan lalu dijalan berhampiran tanah runtuh... ini untuk memudahkan Kenderaan Pihak Berkuasa dan AMBULANS untuk ke tempat kejadian.. Kerjasama anda amat dihargai...

Assalamualaikum, dalam Post nie ade sedikit berita kurang baik.Aku baru balik dari tempat kejadian tanah runtuh yang menimpa anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Antara mangsa-mangsa tu, salah seorang antara mereka dipercayai anak jiran aku(depan rumah). Selepas dapat berita, aku,ayah dan emak bergegas ke hulu Langat. Sepanjang perjalanan ke Hulu Langat, aku nampak banyak Ambulan dan Kereta Pihak berkuasa termasuklah forensik, SMART, Bomba. Bunyi Siren di merata-rata. Dipertengahan perjalanan pula, hujan turun dengan lebatnya.

Bila sampai di tempat kejadian, kereta yang aku naik tak dapat meneruskan perjalanan ke tempat kejadian. Ini kerana pihak polis telah menutup jalan untuk ke tempat kejadian. Hanya kenderaan pihak berkuasa dan ahli keluarga yang terdekat dibenarkan masuk.

kat bawah nie ade beberapa gambar... 





Marlah kita berdoa semoga mangsa-mangsa selamat. Amin.


sumber: sini