Tiket Bas KL Hop On Hop Off PERCUMA

, , No Comments
Assalamualaikum,


Hello kawan-kawan... Hari nie 1 Februari 2011 cuty kan?? Oppss silap cuty kat wilayah je.. Yang bukan Wilayah, anda tak cuty yer hihihi :p Ape plan korang cuty nie?? Kalau takda plan.. aku nak cadangkan korang pegy naik KL Hop On Hop Off. Tau tak apekebenda nie? Aku tanya nie sebab aku pon dulu tak tau jugak even aku nie duk KL hahahha. On my birthday haritu baru dapat naik bas nie :p



KL Hop On Hop Off nie ialah sebuah Bas 2 tingkat yang akan bawak korang pusing-pusing kat tempat-tempat menarik area Kuala Lumpur. Contohnya, Muzium Negara, Tugu Negara, Istana Negara, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan macam-macam tempat lagy. Senang citer tempat-tempat pelancong luar negara suka pegy :) Masa aku naik bas nie pon aku rasa macam aku nie pelancong luar negara tau :D.

 Jenis-jenis Bas

Bas nie ada 2 jenis, ada yang 100% tertutup dan ada yang terbuka, Maksud terbuka kat sini ialah.. Bahagian belakang kat tingkat 2 bas nie takda bumbung. Kalau korang duduk kat area nie, memang best. Rasa macam terbang pon ade..huhuhu. mengikut firasat aku, area nie boleh muat lebih kurang 9/10 orang penumpang dalam satu-satu masa. Kalau korang sukakan fotografi dan ade seketul kamera DSLR... aku cadangkan korang duduk kat area nie.. :)

KL Hop On Hop Off Website

kalau korang nak explore lagy pasal benda nie, korang boleh pegy kat website rasmi Hop On Hop Off nie.. http://www.myhoponhopoff.com . Korang boleh download peta laluan bas nie. Kalau nak lagy faham pasal bas nie, call je terus nombor 1800-88-5546. Jangan risau ..kredit korang takkan habis sebab tu nombor talian bebas tol. Sebelum aku nak naik bas nie, aku ade buat satu panggilan dan kredit aku tak kena tolak pon :)

            KL Hop On Hop Off Facebook             SaDdAm LiFe FaCeBoOk

Korang jugak boleh 'like' KL Hop On Hop Off kat Facebook.  Nie link nyer.. FACEBOOK KL HOP ON HOP OFF. Marilah kita sama-sama memperkenalkan Bas nie kat orang ramai. Kalau korang rasa terlebih rajin, jemputlah 'like' blog aku nie kat Facebook jugak hihihi.. ni link nyer.. SaDdAm LiFe FaCeBoOk. Terima kasih yer sesiapa yang sudi like :D

So, kalau korang takda ape-ape plan hari nie, korang boleh try naik bas nie. Aku cadangkan naik pada hari nie sebab ianya FREE bersempena sambutan Hari Wilayah :)

Aku merepek kerepak sampai sini dulu pasal Bas nie, nanty aku merepek lagy pasal bas nie atau pon benda-benda lain ye.. TATA :)

0 comments: