Lagu InsyaAllah Versi Melayu

, , No Comments
Assalamualaikum,


ELO, ape khabar kawan2-kawan. Buat ape hari nie? Korang pegy naik Hop On Hop Off tak? Maklumlah, hari nie kan tiket free. Betul.. aku tak tipu, kalau korang tak caye baca kat sini.. TIKET BAS KL HOP ON HOP OFF PERCUMA.

Post nie aku nak bagitau kat korang lagu baru nie.. Baru ke?? hihihi.. Ape ape jelah, point aku ialah nak bagitau korang yang lagu Maher Zain yang tajuknya InsyaAllah tu dah ade dalam versi Bahasa Melayu. Aku da tau lama da pasal nie, cuma tak tau bile lagu nie akan keluar. Semlam  masa calling-calling Cik Fara Schul, die cakap die tengah layan lagu nie. So, Hari nie aku nak ajak korang dengar :)

Sejujurnya, 1st time aku dengar lagu nie.. aku tak dapat tangkap ape lirik lagu nie. Rasa janggal pon ade jugak sebab sebelum nie asik dengau dalam bahasa Inggeris je kan :) Kat bawah nie ade lirik sekali aku bagy, kalau korang nak download boleh lik sini.. INSYAALLAH VERSI MELAYU


Maher Zain - Insya’Allah (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Lepas nie, korang boleh lah karok lagu nie puas-puas. Tapi kalau rasa suara korang tu tak berapa commercial aku cadangkan karok dalam bilik air je, supaya tiada pencemaran bunyi di muka bumi nie :p

Merepek kerepek sampai sini dulu.. Tata :)

0 comments: