Keputusan Piala Asia: Iran 0 Korea Selatan 1

, , No Comments
Assalammualaikum,
Huhhu, hai.. demam bola kembali lagy, kali nie demam bola Piala Asia pulak. Demam kali nie kurang panas sikit kowt, yela.. Pasukan harimau kita tak terlibat dalam  perlawanan kali nie. Piala nie berbeza sikit dengan piala yang kita da menang haritu.  Negara-negara yang terlibat lebih handal dan berstatus pasukan Piala Dunia…. Malaysia?? Hihihi satu hari nanty :D

Saat S tengah taip entry nie, perlawan da sampai peringkat suku akhir. Tadi baru je tamat perlawanan antara Pasukan Iran dan pasukan Korea Selatan. Pasukan Korea Selatan pakai baju jersi Merah/Biru dan Iran pakai baju jersi berwarna serba putih.

keputusan perlawanan Iran dan Korea Selatan

Keputusan perlawanan pagi nie ialah Iran 0 – Korea Selatan 1.  Gol tunggal Korea Selatan dihasilkan pada penghujung masa tambahan pertama, lebih kurang minit ke-105. Sebelum gol nie, sorang pemain Iran kena penangan kad kuning, nie suma sebab die melengah-lengahkan masa. Bagy S, mungkin betul die dalam kesakitan… tapi die silap, sebab lepas perlawanan terhenti kejap pasal die, tetiba die bangun seolah-olah menampakkan yang die sengaja berlakon sakit. Pastu, aperagy…tangan si pengadil pon ringanlah melayangkan kad kuning macam main layang-layang.. hihihi :)

pemain Iran

Masa tambahan kedua bermula, Iran dah mula memikirkan tentang kekalahan. Adat resam perlawanan bola sepak, tyme-tyme macam nie lah baru diorang nak buat serangan balas dan tyme-tyme macam nie lah S suka tengok. Perlawanan semakin rancak. Pemain semakin agresif dan hampir berlaku pergaduhan tadi. Saat-saat akhir perlawanan, pemain Korea Selatan pulak terima layang-layang layangan kad kuning sebab die buat terjahan merbahaya kat pemain Iran. Sia-sia je kena kad kuning. Dah memang sah-sah ko menang kan..aiissshhh.. Ada lagy satu S kurang berkenan pemain korea yang kena kad kuning tu, masa pengadil panggil die untuk dilayangkan kad.. die buat DEEKKKK je… rasa macam nak je tarik telinga die sampai merah menyala pon ade jugak..hahhaha  Tapi ape kan daya, S hanya duduk di rumah :)

pemain Korea selatan

Finally, PPRRRRRRRRTTTTTTT…  telah ditakdirkan Iran kalah dalam perlawanan pagi nie. Pasukan Korea Selatan akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir nanty. Korang nak tengok ke? S rasa macam best je perlawanan tu nanty, maklumlah… team World Cup kannn ;)

Oklah sampai  sini je S merepek kerepek pasal bola nie, entah tiba-tiba S rasa nak buat post pasal perlawanan bola pagi nie. Perlawanan seterusnya….urrmm entahlah, tengoklah keadaan semasa pada waktu tu..huhuhuhu :)

Tata :p

p/s: best kan kalau Team Malaysia ade sekali?? :)

0 comments: