Kelab Bowling KPTMKL

, , No Comments
Assamlamualaikum…
Ha, jangan terkejut dengan tajuk nie. Entry nie bukan entry prank nak kenakan korang. Nie entry yang benar dari yang benar. Finally, KPTMKL akan ada sebuah club sukan yang diberi nama manja iaitu KELAB BOWLING KPTMKL. Sebebnarnya dah lama da S bercadang nak tubuhkan kelab nie. Tapi setiap kali S nak tubuhkan kelab nie.. S tertanya-tanya samada mampu ke S nak uruskan Kelab Bowling nie. Setelah fikir siang dan malam, pagy dan petang, tidur tak lena , makan tak kenyang.. akhirnya S buat keputusan yang S nak jugak tubuhkan Kelab Bowling nie dengan bantuan dari kawan-kawan S… Thanks guys. :)


Minggu lepas adalah hari yang genting untuk S menubuhkan kelab nie, S ade lebih kurang 4 hari je untuk cari sekurang-kurangnye 30 orang ahli. Pada mulanya S ingatkan hanya 10 orang. Rupa-rupanya S silap, kalau nak tubuhkan kelab kat Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur… perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang ahli. S jugak perlu buat satu organisasi untuk kelab nie. Memikirkan nak kena  cari 30 orang, S da mula pening, loya-loya, mabuk  laut…hahhaha tipu je.. yang betulnye S da mula risau, takut-takut tak dapat cari 30 orang ahli tu. :(

Lepas  balik dari kolej, S start mencari kawan-kawan yang berminat nak join kelab bowling nie. Dalam masa yang sama, S mintak tolong Cik Farahin untuk cari lagy sesiapa yang berminat. Keesokkan hari, S war-warkan berita pasal kelab nie kat kawan-kawan sekelas.. S bagy sehelai kertas kat diorang untuk diorang CONTENG-CONTENG tulis nama.

logo baru kptm


Dalam hari yang sama jugak, Pihak kolej ada menganjurkan Karnival Kelab untuk pelajar-pelajar KPTMKL mendaftarkan diri. Ada beberapa kelab yang baru dan menarik perhatian S. Contohnya, kelab memancing dan kelab ‘NR’. Kelab Double-T?? Sudah semestinye S mendaftarkan diri..huhuhuhu. :D Masa karnival nie berlangsung, S tak terlibat sangat..sebab waktu kelas sangatlah pack. Untuk tak lepaskan peluang menarik ahli untuk Kelab Bowling, S mintak tolong kawan S  di kelab Double-T untuk sediakan kertas senarai nama Kelab Bowling. Thanks Adir, banyak hasil nama yang aku dapat. :) S mintak tolong Adir pon sebab Syazwan Kechik’z yang bagy idea ni.. Thanks Wan :)

Hari semakin menuju ke petang, akhirnya S berjaya medapatkan nama ahli-ahli Kelab Bowling, target S hanyalah 30 orang… Syukur Alhamdulillah, senarai nama yang S kumpulkan menjadi lebih kurang 150 orang..huhuhuhu yeeaayyyy :) Salah Satu syarat S da lepas.. :)

bowling...


So, kawan-kawan yang dah tulis nama kat list ahli  kelab tu… thanks ye sebab support penubuhan kelab nie… Nanti boleh lah kita buat pertandingan bowling macam dolu-dolu kan?? :) tak ingat?? jemput baca nie>>> Pertandingan Bowling KPTM KL. S harap, minggu depan, kelab nie diisytiharkan sah di KPTMKL..huhuhuhu  Kalau ada sesiapa lagy yang nak joint the club, tapi tak tulis nama lagy… Don’t worry.. nanty kalau ada meeting datang ye.. S akan ambil senarai nama sekali lagy :)

Oklah, S merepek kerepek sampai sini dulu pasal Kelab Bowling nie… nanty-nanty kita citer pasal bowling lagy eh :)

Tata :)

p/s: Jom main bowling :D

Cerita lain pasal KPTMKL : Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur

0 comments: