Assalamualaikum,
Happy birthday to me..Happy birthday to me..............Happy birthday to me...Happy birthday to me. Hahaha.. Hari nie ialah ulang tahun aku yang ke-20. Cuba korang tengok betul-betul kat nombor tu, no 20 kan?? Ya, memang nombor 20. Maknanya aku dah hidup 20 tahun di muka bumi yang bertuah nie... Alhamdulillah, aku harap bile dah berumur 20 tahun nie, aku akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Special chocolate :D

Sampai sini dulu post nie.. pendek je kan?? Nanty aku citer panjang..huhuhu
Tata :D
Assamlamualaikum…
Ha, jangan terkejut dengan tajuk nie. Entry nie bukan entry prank nak kenakan korang. Nie entry yang benar dari yang benar. Finally, KPTMKL akan ada sebuah club sukan yang diberi nama manja iaitu KELAB BOWLING KPTMKL. Sebebnarnya dah lama da S bercadang nak tubuhkan kelab nie. Tapi setiap kali S nak tubuhkan kelab nie.. S tertanya-tanya samada mampu ke S nak uruskan Kelab Bowling nie. Setelah fikir siang dan malam, pagy dan petang, tidur tak lena , makan tak kenyang.. akhirnya S buat keputusan yang S nak jugak tubuhkan Kelab Bowling nie dengan bantuan dari kawan-kawan S… Thanks guys. :)


Minggu lepas adalah hari yang genting untuk S menubuhkan kelab nie, S ade lebih kurang 4 hari je untuk cari sekurang-kurangnye 30 orang ahli. Pada mulanya S ingatkan hanya 10 orang. Rupa-rupanya S silap, kalau nak tubuhkan kelab kat Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur… perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang ahli. S jugak perlu buat satu organisasi untuk kelab nie. Memikirkan nak kena  cari 30 orang, S da mula pening, loya-loya, mabuk  laut…hahhaha tipu je.. yang betulnye S da mula risau, takut-takut tak dapat cari 30 orang ahli tu. :(

Lepas  balik dari kolej, S start mencari kawan-kawan yang berminat nak join kelab bowling nie. Dalam masa yang sama, S mintak tolong Cik Farahin untuk cari lagy sesiapa yang berminat. Keesokkan hari, S war-warkan berita pasal kelab nie kat kawan-kawan sekelas.. S bagy sehelai kertas kat diorang untuk diorang CONTENG-CONTENG tulis nama.

logo baru kptm


Dalam hari yang sama jugak, Pihak kolej ada menganjurkan Karnival Kelab untuk pelajar-pelajar KPTMKL mendaftarkan diri. Ada beberapa kelab yang baru dan menarik perhatian S. Contohnya, kelab memancing dan kelab ‘NR’. Kelab Double-T?? Sudah semestinye S mendaftarkan diri..huhuhuhu. :D Masa karnival nie berlangsung, S tak terlibat sangat..sebab waktu kelas sangatlah pack. Untuk tak lepaskan peluang menarik ahli untuk Kelab Bowling, S mintak tolong kawan S  di kelab Double-T untuk sediakan kertas senarai nama Kelab Bowling. Thanks Adir, banyak hasil nama yang aku dapat. :) S mintak tolong Adir pon sebab Syazwan Kechik’z yang bagy idea ni.. Thanks Wan :)

Hari semakin menuju ke petang, akhirnya S berjaya medapatkan nama ahli-ahli Kelab Bowling, target S hanyalah 30 orang… Syukur Alhamdulillah, senarai nama yang S kumpulkan menjadi lebih kurang 150 orang..huhuhuhu yeeaayyyy :) Salah Satu syarat S da lepas.. :)

bowling...


So, kawan-kawan yang dah tulis nama kat list ahli  kelab tu… thanks ye sebab support penubuhan kelab nie… Nanti boleh lah kita buat pertandingan bowling macam dolu-dolu kan?? :) tak ingat?? jemput baca nie>>> Pertandingan Bowling KPTM KL. S harap, minggu depan, kelab nie diisytiharkan sah di KPTMKL..huhuhuhu  Kalau ada sesiapa lagy yang nak joint the club, tapi tak tulis nama lagy… Don’t worry.. nanty kalau ada meeting datang ye.. S akan ambil senarai nama sekali lagy :)

Oklah, S merepek kerepek sampai sini dulu pasal Kelab Bowling nie… nanty-nanty kita citer pasal bowling lagy eh :)

Tata :)

p/s: Jom main bowling :D

Cerita lain pasal KPTMKL : Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur
Assalammualaikum,
Huhhu, hai.. demam bola kembali lagy, kali nie demam bola Piala Asia pulak. Demam kali nie kurang panas sikit kowt, yela.. Pasukan harimau kita tak terlibat dalam  perlawanan kali nie. Piala nie berbeza sikit dengan piala yang kita da menang haritu.  Negara-negara yang terlibat lebih handal dan berstatus pasukan Piala Dunia…. Malaysia?? Hihihi satu hari nanty :D

Saat S tengah taip entry nie, perlawan da sampai peringkat suku akhir. Tadi baru je tamat perlawanan antara Pasukan Iran dan pasukan Korea Selatan. Pasukan Korea Selatan pakai baju jersi Merah/Biru dan Iran pakai baju jersi berwarna serba putih.

keputusan perlawanan Iran dan Korea Selatan

Keputusan perlawanan pagi nie ialah Iran 0 – Korea Selatan 1.  Gol tunggal Korea Selatan dihasilkan pada penghujung masa tambahan pertama, lebih kurang minit ke-105. Sebelum gol nie, sorang pemain Iran kena penangan kad kuning, nie suma sebab die melengah-lengahkan masa. Bagy S, mungkin betul die dalam kesakitan… tapi die silap, sebab lepas perlawanan terhenti kejap pasal die, tetiba die bangun seolah-olah menampakkan yang die sengaja berlakon sakit. Pastu, aperagy…tangan si pengadil pon ringanlah melayangkan kad kuning macam main layang-layang.. hihihi :)

pemain Iran

Masa tambahan kedua bermula, Iran dah mula memikirkan tentang kekalahan. Adat resam perlawanan bola sepak, tyme-tyme macam nie lah baru diorang nak buat serangan balas dan tyme-tyme macam nie lah S suka tengok. Perlawanan semakin rancak. Pemain semakin agresif dan hampir berlaku pergaduhan tadi. Saat-saat akhir perlawanan, pemain Korea Selatan pulak terima layang-layang layangan kad kuning sebab die buat terjahan merbahaya kat pemain Iran. Sia-sia je kena kad kuning. Dah memang sah-sah ko menang kan..aiissshhh.. Ada lagy satu S kurang berkenan pemain korea yang kena kad kuning tu, masa pengadil panggil die untuk dilayangkan kad.. die buat DEEKKKK je… rasa macam nak je tarik telinga die sampai merah menyala pon ade jugak..hahhaha  Tapi ape kan daya, S hanya duduk di rumah :)

pemain Korea selatan

Finally, PPRRRRRRRRTTTTTTT…  telah ditakdirkan Iran kalah dalam perlawanan pagi nie. Pasukan Korea Selatan akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir nanty. Korang nak tengok ke? S rasa macam best je perlawanan tu nanty, maklumlah… team World Cup kannn ;)

Oklah sampai  sini je S merepek kerepek pasal bola nie, entah tiba-tiba S rasa nak buat post pasal perlawanan bola pagi nie. Perlawanan seterusnya….urrmm entahlah, tengoklah keadaan semasa pada waktu tu..huhuhuhu :)

Tata :p

p/s: best kan kalau Team Malaysia ade sekali?? :)
Hujan
Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Cinta huraian
Ku takkan mengerti

Teka silangkata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja

Dan coba diamnya bicara
Sediam bersama
Di temani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Faizal Tahir dan gitar Superman nya

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


Ana Rafalli

Jangan disusun kata-kata penamat

Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita





S ucapkan tahniah kepada artis-artis yang menang. Kepada Hafiz, anda memang terbaik.. walaupun baru lepas excident kereta still boleh menang 2 anugerah. Huuhuhuhu....



JUARA: Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
NAIB JUARA: Black & Meet Uncle Hussain - Drama King
TEMPAT KE-3 : Hafiz - Noktah Cinta

PERSEMBAHAN TERBAIK: Faizal Tahir- Hanyut
ANUGERAH VOKAL TERBAIK: Hafiz - Noktah Cinta

Kepada Ana Rafalli, tahniah jugak sebab anda merupakan artis ciptaan Youtube yang berjaya. S dengar cerita ramai yang tak puas hati Ana Rafali Menang dan ada ura-ura menyatakan salah seorang juri Juara Lagu ke-25 tu merupakan PAKCIK kepada Ana Rafali, sejauh mana kebenarannya... korang googling lah sendiri eh :) Bagy S, lantaklah pakcik ke makcik ke abang ke adik ke kakak ipar duai ke beras biras ke... ntah apa lagy yang ada kena mengena dengan Ana Rafali, itu namanya rezeki die yang mempunyai saudara. Kalau ade yang tak puas haty pakcik die juri, esok pagy, pergy mintak pakcik korang pulak jadi juri untuk Anugerah Juara Lagu ke-26 hihihihi.... Ana Rafali, tahniah sekali lagy. Abaikan ape yang orang cakap huhuhuhu

Sampai sini dulu S merepek kerepek ye... SHUT UP TAK SHUT UP... da siap satu post dalam blog S nie... gagaggaagaga... Faizal Is Mail memang buat S gelak tergolek-golek atas lantai... hihihi
Tata...

P/s: Artis-artis kat atas nie bace ke blog S nih?? ahahhaha
Salam, aiiisshhh selang seminggu baru ade entry baru kat blog S nie hihihi. Entry nie S nak bagitau yang kini blog S, Saddamlife da ade perubahan sikit... poyo je.. Korang perasan tak dekat tab korang? Kat tab tu ade tulis nama blog atau nama entry yang korang tengah bukak. Contohnya korang boleh tengok gambau kat bawah nie.


Favicon lama

Nampak da? bagusss.. :) 'B' favicon tu memang default. Maksudnya semua blog akan mempunyai logo 'B'. Kalu ada blog yang mempunyai logo lain selain 'B ' tu... maknanya owner blog da ubah favicon die. Macam yang S bagitau kat atas, S nak tukar favicon tu menjady logo lain.. Boring da tengok favicon 'B' kaler oren tu... ceh lupa daratan betul S nie hihihih :p

So, hasil selepas S tukar favicon blog S nie, ianya jadi macam yang kat bawah nie atau pon korang boleh tengok sendiri kat atas tu..tu..tu.. hihihi :p

Favicon baru

'B' bertukarrrrrrrrrrr... 'SL' ... :) 
S da tukarkan logo favicon 'B' tu menjadi logo favicon 'SL' berwarna biru dan berlatar belakangkan warna hitam. Saiznya pulak 16x16. Sebab apa S pilih huruf 'S' dengan 'L'?? Kenapa S tak pilih 24 huruf yang lain? Jawapannya ialah 'S' membawa maksud Saddam dan 'L' pulak maksudnya Life. So, bile bergabung macam ala-ala Power Rangers.. terhasil lah 'SaddamLife'.

Sampai sini je post S ni ok..nanty kalau ade ape-ape perubahan kat blog S nie.. S bagitau yer.. :)
Tata... :)

New Year.

Assalamualaikum, pertama sekali S nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Semoga tahun nie membawa lebih makna kepada pembaca-pembaca blog S yang tak seberapa nie :D Kini 2010 hanya tinggal kenangan dan dah jadi golongan 'dulu-dulu'. Macam mana dengan korang?? Berjaya ke capai target-target atau pon azam-azam yang korang set kan pada 1/1/10? Ade ke azam yang difowardkan hingga tahun nie? S rasa mesty ade kan? hihihih biase lah tu, akan ade punye azam yg terpaksa difowardkan.. betul tak? kalau tak betul, S ucapkan "Tahniah kerana anda telah berjaya"!!! hhuhuhu.

S tak tau lah samada korang perasan atau tidak, tahun baru pada tahun nie berlainan sikit dengan tahun sebelum-sebelum nie. Cuba tengok tajuk entry nie... special kan?? hihihih sebebnaunye, S pon takmau terlepas peluang menempek 1 post bertarikh istimewa nie... 1/1/11 atau 01/01/11 atau 01/01/2011 atau 1 Januari 2011 atau pon.... aisshh cukuplah tu, banyak da.. hihihi :p

Secara tak langsung jugak, post nie ialah post pertama S. Penghujung tahun 2010, S banyak buat post mengenai Piala Suzuki 2010... huhuhu keyword femes tu.. S saje cuba try test.. nampaknye ade jugak tempiasnye kena pada blog S nie.. Actually ciput je pon. Almaklumlah, blog mentah lagy :)
Kelong Paradise

Banyak jugak perkara-perkara menarik yang berlaku dalam tahun 2010 nie. Banyak info dan pengalaman yang S dapat pada tahun 2010. Tahun 2010 juga ade jugak S pergy kat tempat-tempat menarik, antaranya pergy jalan-jalan kat Universal Studio Singapore, Teluk Kemang Port Dickson bersempena Project Revive dan yang terbaru Pertandinagn Memancing di Kelong Paradise Waterfront Resort di Sabak Bernam yang ditaja sepenuhnya oleh TM... (Thanks Hazeze kerana sudi ajak aku ye.. hihihi )

Kesimpulannya S ingin ucapkan sekali lagy Selamat Tahun Baru kepada pembaca-pembaca blog saddamlife nie. Terima Kasih kera sudi melawat blob S nie... Tata...

P/s: Thanks bro zuarxpdc kera sudi Tag S.. hihihi :)
P/ss: kalau ade mase lebih, S buat entry pasal tempat2 menarik yang S pergy tu..huhuhu