Hai kawan-kawan, korang perasan tak dua, tiga hari lepas Facebook korang dilanda Fenomena Ombak Rindu... Korang da pergi tengok wayang ke belum? Kalau belum cepat-cepat le pegy ke panggung Wayang. Untuk pengetahuan korang, cerita nie diadaptasi daripada sebuah novel. Lebih kurang macam Lagenda Budak Setan jugak lah.. Dari sebuah bahan bacaan menjadi bahan tontonan.


Taknak cerita panjang, kat bawah ni ade Link URL website utuk 'Ombak Rindu" yang macam aku bagitau kat tajuk Entry kali nie... Cheessee...
( Jangan Lupa Cakap Thanks ye kat bahagian komen :p )


P/s: Tamo le selalu sangat nak benda FREE je ye...  huhuhu  :p


Salam, jom main boling??? heehehe Biasanya orang cakap sukan boling nie mahal. HAAA… kali nie takde alasan mahal dah. Dengan RM 5.50, korang dapat main 3 GAME… Yes, bukan 1 GAME, bukan 2 GAME tapi 3 GAME. Ampang Superbowl buat Promosi Gila nie kat website Mydeal.

Aku taknak citer panjang-panjang… korang boleh tengok sendiri Promosi Gila nie dengan klik gambar dibawah….
(klik banner nie untuk tengok promosi)
Salam, biasa main boling tak? Alaaa… sukan yang golek-golek bola tu. Pastu kalau dapat 1 STRIKE jerit macam dapat PERFECT GAME. Tak percaya? Esok korang pergi duduk kat mana-mana boling centre kat Malaysia ni. Macam-macam gelagat ada.

Sukan boling ni tak mewajibkan korang untuk ada bola boling sendiri. Korang boleh gunakan House Ball yang disediakan.Macam-macam warna ade, hijau, biru merah, kuning, pink..MERIAH bukan? Untuk berat pulak, setakat yang pernah aku nampak paling ringan ialah 6 Pound (tak banyak tempat ada) dan paling berat ialah 15 Pound. SUDAH.. Diam Kau wahai Saddam. Tunjukkan kami bola boling nyer.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kepada KPTMKL Bowlers sila fikirkan cara untuk beli bola macam ni.huhuhuu"











Amacam? Rasa-rasa korang nak beli tak? Hehehehe fikir-fikirkanlah.




“Fatin Liyana bakal doktor jelita” Itulah tajuk yang tertulis kat dalam surat khabar Mingguan Malaysia edisi 6 November 2011. Kat bawah nie screen shot yang aku sempat tembak :)
 Cik Kak Fatin Liyana ni masuk paper :)

Amacam, pernah Nampak muka Cik Kak Fatin Liyana nie? Mungkin korang rasa pernah kot tapi kat surat khabar lain. Ya, tekaan korang tepat, sebelum ni pun muka Fatin Liyana ni memang dah pernah masuk surat khabar iaitu surat khabar Metro. Kalau korang tak percaya... korang boleh pergy tanya kat pakcik aku, Pakcik Google hehehe :)

Hebat bukan? Kali ni cerita pasal Cik Kak Fatin ni disiarkan kat dalam surat khabar Mingguan Malaysia pulak. Esok lusa mungkin kat dalam surat khabar Bahasa Inggeris New straits times, surat khabar Bahasa Cina Sin chew daily atau pun surat khabar Bahasa Tamil Makkal Osai hehehehe... Cukup 1Malaysia.

Cerita yang disiarkan kali ni berkaitan dengan pengalaman Cik Kak Fatin Liyana menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan. Sesuai dengan tarikh artikel tu disiarkan iaitu tarikh Hari Raya Haji 2011. Agak-agak korang bila agaknya wartawan nak buat artikel pasal aku pulak...hahahha :D kalau ada pun wartawan yang nak buat artikel pasal aku, pening kepala wartawan tu nak fikir topik apa nak bagi... Lain lah Cik Kak Fatin Liyana tu, blogger terkenal, bakal doktor pulak tu. Memang package lah wartawan mana yang dapat buat artikel pasal dia. Tak gitu Kak Limah? Oppss..hehehe

Oklah sampai sini je entry ni ye...tata :)

P/s: Hari tu aku baru je buat entry berkaitan dengan Cik Kak Fatin Liyana ni.. tup tup harini muka dia terpampang kat surat khabar.. hebat hebat :)

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya AidilAdha aku ucapkan kepada pembaca blog saddamlife, itu pun kalau ada lah… Al-maklum, aku pun lama mendiamkan diri kat dalam blog saddamlife ni. Harap-harap still ada pembaca yang sudi membaca :)
kredit: profhariz

Waktu post ini dikarang, aku sedang berada di rumah Mak Lang iaitu rumah makcik aku kat Melaka. Kenapa aku ada di Melaka? Ofcoz le sebab hari raya kan..kan? Actually ada lagy sebab yang membuatkan kenapa aku ada di Melaka ni. Berita ni boleh dikatakan berita yang kurang baik. Atok aku iaitu Atok Harun sedang terlantar di wad ICU Hospital Melaka. Atok sedara aku pulak iaitu Atok Aim sedang terlantar di wad biasa hospital yang sama. Dua-dua tidak sedarkan diri.
kredit: kehadiranku

 Tolong doakan semoga mereka cepat sembuh ye kawan-kawan :(

Aku harap mereka dapat sedarkan diri dan memulakan hari mereka seperti biasa. Sampai sini saje post ni. Sekali lagy aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kawan-kawan semua ye :)

P/s: Atok sedara aku dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian excident langgar lari tempoh hari di Melaka. Beliau meunggang motosikal sewaktu kejadian berlaku.




=> Nantikan Entry Penuh Akan Datang..... : )


Salam, dah sebulan lebih aku tak buat update kat blog nie. Kekangan masa menyebabkan perkara ini berlaku. Adakah aku sendiri tidak pandai menguruskan masa?? Mungkin ya, mungkin tidak. Alang-alang menyeluk pekasam nie, aku rasa sempat lagy kalau aku nak ucap Selamat Hari Raya  kat korang sume… hahahha gila punya lambat aku wish. Ok lagy ape. Open house pon berlambak di penghujung raya ni. Boleh dikatakan hari Sabtu dan Ahad korang telah ditaja. Betul tak? hehehe.

Hehehe, kalau nak ucap Selamat Hari Malaysia sempat lagy tak :p

Pagy nie aku merayau-rayau kat dalam Facebook. Terjumpa pulak info nie. Then aku pon terlintas nak buat satu post. Kali terakhir aku bukak website Jabatan Agama Islam Pahang ialah pada pukul 5.22 a.m hari Isnin. Laman web tersebut telah digodam. Paparan yang dikeluarkan ialah tapak tangan merah dan tertera perkataan ‘hacked’.

Screenshot Laman  Web Jabatan Agama Islam pahang Yang Diserang

Inilah perkara yang hacker yang terkenal di Malaysia iaitu pihak Gaysec cuba elakkan. Mereka akan godam laman-laman web di malaysia yang berpotensi untuk digodam oleh pihak luar supaya negara kita, Malaysia tidak di ‘ayam-ayam’ kan dari segi IT oleh negara luar.

Tapi aku nak ingatkan kepada kawan-kawan senegara aku, jangnlah mudah melenting dengan isu ini. Ya memang tertera disitu perkataan

‘We love Indonesia and F*cking Malaysia’

Percayalah kawan-kawanku sekalian. Perkara ini memang sengaja dimainkan oleh sesetengah pihak supaya hubungan negara kita iaitu Malaysia dan negara Indonesia renggang. Dan secara tidak langsung membuatkan negara Malaysia menjadi negara yang tidak aman. Berhati-hatilah.

Sebagai penutup. Aku nak ajak semua kawan-kawan supaya berhati-hatilah di alam siber dan sayangilah negara kita. Kalau bukan kita sebagai rakyat di Malaysia ni, siapa lagy?

P/s: entah kenapa aku rasa Internet dah semakin bahaya :(

Sumber: KenaHack, Amanz


Salam, hai kawan-kawan… terima kasih ye sudi singgah blog saddamlife nie. Walaupun entry-entry kat dalam nie tak sehebat entry-entry blog lain, sudi jugak korang datang eh…. Thanks a lot.
1st of all aku nak ucapkan selamat berpuasa ye..hehehe :p aku tak sempat nak ucap selamat berpuasa lagy kat korang semua.



Baiklah, jom jump ke tajuk entry nie. Korang pernah makan kat Délifrance? Délifrance nie ialah kedai roti yang menawarkan roti-roti tradisional Eropah. Disamping itu, Délifrance juga ade menawarkan pasta dan sandwich. Ada jugak menu-menu menarik yang lain kat Délifrance nie. Kalau nak tau lebih, korang boleh pergy ke Délifrance sendiri ye heheehe :)

Kupon Everyday Délifrance


Jom Berbuka !!!

Kenapa aku pilih menu tu??? Nie disebabkan sebelum nie aku ada beli kupon diskaun daripada laman web diskaun yang terkenal di Malaysia iaitu www.everyday.com.my   dan menu yang tercatat kat dalam diskaun tu  ialah Beef Bolognaise + Sjora drink  dan Chicken Bolognaise + Sjora drink. Sebenarnya banyak lagy menu-menu Délifrance yang  lain kat www.everyday.com.my , tapi apekan daya, aku terlambat untuk beli. Pihak www.everyday.com.my telah menutup tawaran diskaun tu lebih awal sebab kupon-kupon tu laku bagaikan PISANG PANAS.  Ada diantara kupon-kupon diskaun nie iaitu Chicken Bolognaise + Sjora drink telah dijual sebanyak 3025 kupon…. WOW, GOOD JOB www.everyday.com.my :D


Délifrance Beef Bolognaise.

Délifrance Chicken Bolognaise.

Untuk harga makanan yang aku makan semalam ialah hanya RM5 untuk setiap set. Maksud aku kat sini ialah, Beef Bolognaise + Sjora drink  hanya RM5 manakala Chicken Bolognaise + Sjora drink juga hanya RM5. Amacam??? Murah tak??  Inilah untungnya bila kita beli kupon diskaun kat laman-laman web macam www.everyday.com.my  nie.

Set Berbuka untuk 1 orang. Hanya RM5 je tau.

Jumlah kupon yang aku gunakan semalam ialah 4 kupon. 2 kupon untuk Délifrance Beef Bolognaise dan 2 kupon lagy untuk Délifrance Chicken Bolognaise. 1 daripada 4 kupon tu aku upgrade air. Aku hanya perlu bayar Rm3 untuk menukar air Sjora drink iaitu Mango Peach kepada secawan Cappuccino. Kalau korang tak suka Cappuccino korang boleh pilih Latte. Ape-ape pon semua air yang aku minum memang best dan sedap :)

Secawan Délifrance Cappuccino.

Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ialah RM20(everyday kupon) + RM3(cappuccino) + RM3.70(Svc-Chrg & Govt Tax)
RM 26.70
MURAH BUKAN?

So, marilah kita shopping di  www.everyday.com.my . JOM berjimat tapi jauhi sifat kendekut. Sesungguhnya aku tidak menggemari orang kendekut :D
Salam, sedihhh……… tapi aku bangga kerana  Datuk Lee Chong Wei berjaya buat pertama kalinya memasuki peringkat AKHIR. Walaupun kalah, tapi nie kalah yang tetap membanggakan. Satu perlawanan badminton yang paling menarik aku pernah tonton. Aku yang tak main pun jantung bukan main laju lagi, macam mana lah agaknye jantung Datuk Lee Chong Wei ek? Aiiissshhh.. Oklah, sampai sini je quick update aku pasal badminton nie… TATA.

p/s: Keputusan penuh 22-20, 21-14, 21-23
Salam sedikit kekecewaan untuk rakyat Malaysia kerana Datuk Lee Chong Wei elum berjaya memenangi Piala Dunia. Datuk Lee Chong Wei kalah di set kedua dengan keputusan 21-14. Sekarang nie mereka baru memulakan set penentuan. Doakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei  ye kawan-kawan.
Salam, nie ade update pendek berkenaan Pertandingan Badminton Piala Dunia. Ada berita gembira untuk rakyat Malaysia. Datuk Lee Chong Wei telah MEMENANGI set 1 sebentar tadi dengan keputusan 22-20. Sekarang nie Datuk Lee Chong Wei sedang bertungkus lumus untuk mengalahkan lawannya iaitu Lin Dan.
Mereka sedang seri 10-10 sekarang ni. 
Keputusan perlawanan malam ni ialah 1-1. Keputusan agregat pula ialah 6-4. Pada mulanya Malaysia telah mendahului 1 gol dengan jaringan yang meyakinkan oleh Safee Sali. Tetapi harapan yang dibawa oleh hampir 90 000 rakyat Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada malam ini tidak kesampaian kerana Pasukan Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Walaupun sedikit kecewa dengan kegagalan pasukan Malaysia dalam meneruskan perjuangan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, aku masih berbangga dengan Pasukan Malaysia. Kenapa aku bangga? Sebab "If you're ashamed to stand by your colours you better seek for another flag" -Allahyarham Mokhtar Dahari

Tata :)
Kepada kawan-kawan yang tak dapat tengok perlawanan bola diantara Malaysia VS Chelsea.... Nie ade Link istimewa untuk korang ehehehehe :)


Korang boleh pilih channel bola mana yang korang suke :D 
SELAMAT MENONTON .....
Kemuncak Imam Muda Musim Kedua. Malam ini, 
9 malam, eksklusif di Astro Oasis (106) dan Saluran HD (188)


Salam, berakhir sudah rancangan realiti Astro Oasis iaitu IMAM MUDA musim KE-2. Keputusan adalah seperti di bawah....

JUARA menjadi hak milik kekal kepada :


Imam Muda Hassan yang berumur 26 Tahun dan berasal dari Perak.



Imam Muda Nazrul pula berada di kedudukan KE-2.


Tempat KE-3 pula ialah...
..
..
..
..
..
..

Ceeeittt, mana ada temepat KE-3. Hanya 2 peserta sahaja di Peringkat Akhir nie.. :)

Oleh itu, SADDAMLIFE ingin mengucapkan taniah kepada semua pemenang. Kenapa semua pemenang? Sebab Peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir adalah pemenang bagy aku :D

Tata :)
Salam... 2-1 itulah angka kemenangan Pasukan Malaysia terhadap Taiwan/Chinese Taipei.  Korang tau tak aku citer pasal ape nie? aku tengah citer pasal perlawanan bola sepak lah :) Tadi da berlangsungnya perlawanan pertama diantara kedua-dua negara.

Aidil Zafuan


Walaupun Malaysia menang 2-1 tadi.... tetapi muka tidak puas hati dan resah jelas terpancar di muka penjaring gol ke-2 Pasukan Malaysia pada malam tadi iaitu Aidil Zafuan. Mungkin beliau risau dengan bekalan yang sedikit ini untuk dibawa ke Taiwan/Chinese Taipei. Safiq Rahim adalah penjaring gol pertama 
(pembuka selera)
Safiq Rahim

Berdasarkan keputusan sekarang nie, Taiwan/Chinese Taipei hanya perlu menang 1-0 disana nanty. ini kerana Taiwan/Chinese Taipei telah mempunyai kelebihan 'gol ditempat lawan'. 

Walaupun Taiwan/Chinese Taipei dapat kelebihan tu..... aku tetap yakin Pasukan Malaysia akan menang dalam perlawanan ni sebab kalau Taiwan/Chinese Taipei ada kelebihan 'gol ditempat lawan' Malaysia pon ada kelebihan sendiri... nak tau? Malaysia hanya perlu buat 1 jaringan awal dan maintain sehingga tamat perlawanan nanti... masa tu.... walaupun seri 1-1 di Taiwan/Chinese Taipei... Malaysia tetap jadi pemenang disebabkan keputusan agregat... So, Pasuakan Malaysia masih mempunyai peluang yang cerah..... 
Taiwan/Chinese Taipei
Malaysia



Good Luck Pasukan Malaysia.... semoga kemenangan akan menjadi milik anda pada 3 Julai nanty :) dan aku nak ucapkan TAHNIAH diatas kemenanagan sebentar tadi..
Salam, hai... sadis tak tajuk entry nie...heehehehe korang ingat lagy entry aku yang pasal memancing tu? kalau tak ingat... nie link post tu.... PERTANDINGAN MEMANCING DI TASIK SRI PERMAISURI
Patin adalah antara spesis ikan yang banyak di Tasik Sri Permaisuri.

Actually, takde sesape punye duit yang lesap... maksud tajuk entry aku nie... duit hadiah pertandingan RM 10 000 yang aku idam-idamkan tu tak jadi milik aku pon. Dah jadi milik orang lain.... isk isk isk :( Dalam pertandingan tu ade 143 hadiah untuk pemancing-pemancing yang masuk pertandingan tempoh hari... Tetapi 1 hadiah pon tak dapat aku bawak balik... aku hanya dapat bawak balik kulit yang lebih gelap setelah berjemur dibawah Sinaran Passport Kegemilangan.... eh silap, sinaran matahari le... maklumlah, bile da duduk kat tepi air.. 1 cahaya matahari datang dari atas...1 lagy cahaya matahari datang dari bayang-bayang air pulak.. tak ke jadi bumi nie ade 2 matahari?? hehhehehe

Walaupun aku tak dapat hadiah... aku tetap redha dan berfikir.... bukan semua pertandingan yang kita masuk kita akan jadi pemenang.... sekali-sekala kita patut menjadi seorang pemerhati sahaja... barulah adil dunia nie kan :)

Mungkin lepas nie Kalau Tasik Sri Permaisuri yang telah dirasmikan pada tahun 1989 nie buat pertandingan memancing lagi.... aku rasa aku akan tetap mencuba lagy nasib di lain hari :)

Taaaataaa :D

P/s: Tahniah majalah Mastika kerana telah menyambut ulang tahun yang ke-70. TAHNIAH sekali lagy.
SALAM, halo halo.. korang minat memancing tak? Mesty ade yang jawan ye..and mesty ade yang jawab tak. Actually benda nie bergantung kepada diri masing-masing… Biasanye kalau tanye orang yang tak minat memancing ni…diorang cakap aktiviti memancing adalah aktiviti yang membuang masa dan membuang duit. Kat bawah nie aku ade berita sikit untuk menunjukkan kat korang yang memancing nie bukanlah aktiviti yang membuang masa dan membuang duit semata-mata… malahan memancing nie boleh menjadikan beg dompet atau pun beg tangan korang penuh dengan duit… nak tau macam mana???? Baca lagy kat bawah nie..

Nie lah gambau tasik nye..

OK… sebelum korang fikir benda-benda yang merepek seperti meancing duit di tasik/laut/lombong dss… lebih baik aku straight to the Ampang point. Cara utk dapat duit dengan memancing ialah….korang masuklah pertandingan memancing… memang tak dinafikan.. memang susah nak dapat ikan… tapi mencuba lebih baik daripada tak buat ape-ape and then kalau korang masuk dan kebetulan pulak korang dapat ikan terberat… kan rezeki durian runtuh namanye.

Kejap lagy aku akan pergi ‘berperang di Tasik Sri Permaisuri untuk anbil bahagian dalam pertandingan memancing yang dianjurkan oleh Utusan Karya bersempena dengan Ulang Tahun ke-70 majalah Mastika. Hadiah utama pertandingan ni ialah RM 10 000. Banyak bukan? Itu baru hadiah pertama… belum campur dengan hadiah-hadiah lain. Sebanyak 70 hadiah disediakan oleh pihak penganjur yang baik hati untuk peserta…(harap-harap salah satu hadiah tu adelah terselit nama aku…heehehhe :) InsyaAllah )


So, sekarang nie… dapat atau tidak.. itu belakang kira. Yang penting aku da sediakan semua peralatan, umpan dan yang paling penting sekali aku berusaha. Kalau da tertulis aku akan dapat hadiah… aku akan dapat, tapi kalau tertulis bukan hari ni rezeki aku.. maka aku tak dapat lah maknanye. Ini semuua bukan kita yang tentukan. Hanya Allah s.w.t yang tentukan. Kita hanya perlu berusaha :)

Sampai sini dulu ye post nie....tata... :)

Assalamualaikum, selamat pagi.... kat bawah nie ade senarai terbaru mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor.

Kesemua mangsa dapat dijumpai. Daripada 25 mangsa yang tertimbus, 16 orang meninggal, 9 orang lagi masih hidup. Walaubagaimanapun, 2 daripada mangsa yang masih hidup ditempatkan di ICU. Mangsa terakhir dijumpai pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada pukul 5.30 pagi.

Senarai nama 16 orang mangsa yang meninggal:

1) Azrel, 8 tahun
2) Nael, 8 tahun
3) Shahrul, 9 tahun
4) Boboy, 10 tahun
5) Farid, 34 tahun
6) Zaim *
7) Angah *
8 ) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18 tahun
10) Riz, 9 tahun
11) Lokman,11 tahun
12) Fahad, 9 tahun
13) Aiman,10 tahun
14) Hazim, 9 tahun
15) Mustakim *
16) Hasril, 11 tahun
*Nama jiran aku tu pada nombor *12 :(


Senarai nama 9 orang yang terselamat:

1) Khairul, 9 tahun
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33 tahun
8 ) Din, 30 tahun
9) Syafiq, 23 tahun

*2 orang mangsa ditempatkan di ICU dan seorang lagi sedang menjalani pembedahan. Semoga 3 orang mangsa nie selamat.Amin.
Salam, kat bawah nie ade senarai nama mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada petang tadi.


10 Mangsa yang meninggal:


1) Azrel, 8
2) Nael, 8
3) Shahrul, 9
4) Boboy, 10
5) Farid, 34
6) Eqim 
7) Zaim 
8 )  Angah 
9) Rahimi 
10) Zaid Ashwal, 18

6 mangsa yang masih tertimbus:



1) Riz, 9
2) Lokman, 11
3) Fahad, 9
4) Aiman, 10
5) Hazim, 9
6) Hasril, 11


9 Mangsa yang ditemui selamat:



1) Khairul, 9
2) Hairis 
3) Harris 
4) Akmal 
5) Aizat 
6) Alaudin 
7) Irwan, 33
8 ) Din, 30
9) Syafiz, 22


Nama anak jiran aku tu tersenarai dalam mangsa yang masih tertimbus(Fahad). Harap-harap Fahad selamat. Amin
LATEST UPDATE:  5.15 pagi

Setakat nie masih tinggal 7 orang lagi mangsa yang tertimbus. Jumlah mangsa juga meningkat menjadi 25 Orang. Sebelum nie media massa sampaikan maklumat 24 orang sahaja. Pukul 9pm lebih tadi, family aku dapat contact dengan jiran  aku tu.. khabarnye anaknya masih belum ditemui... Harap-harap anaknya selamat.. amin.

UPDATE:  1.07 pagi

Senarai nama mangsa telah dikeluarkan.. korang boleh check kat sini... NAMA MANGSA TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT.

Nama anak jiran aku tersenarai dalam mangsa yang masih tertimbus.... marilah kita doakan keselamatan Fahad.. Amin.

UPDATE:  1.45 pagi


Jumlah mangsa meninggal telah meningkat menjadi 12 orang...

facebook: Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat

UPDATE: 2.07 pagi


Dalam masa aku mencari any updated news pasal tanah runtuh nie.. aku terjumpa gambar-gambar tanah runtuh di Hulu Langat. ade diantara gambar-gambar tu sungguh menyayat hati. Semoga roh-roh mangsa yang telah meninggal aman disana... InsyaAllah. Mangsa yang masih belum ditemui pula,, aku masih berharap mereka masih lagi bernyawa.. InsyaAllah...

Kalau korang nak tengok gambar-gambar tu...

KLIK SINI

UPDATE: 4.15 pagi


Stakat jam 4.15 pagi tadi.. 5 orang mangsa dilaporkan stabil. Semuanya ditempatkan di Hospital Ampang. Nama-nama mangsa tersebut ialah:


1) Aizat,12
2) Muhd Alauddin Sobri,14
3) Muhd Syafiq Ibrahim,21
4) Khairul Anuar Nasri,9
5) Siti Fatimah Ibrahim,21

Manakala 3 orang lagi masih kritikal... nama mereka ialah:

1) Hairi
2) Izudin
3) Muhd Harris Izzudin Shahrul Azmi

Aku harap mangsa yang kritikal nie akan stabil.. InsyaAllah...
Nasib jiran aku masih tidak diketahui lagi..
Jumlah kematian meningkat menjadi 12 Orang.. 10 orang pelajar dan 2 orang penjaga. Semoga roh mereka aman disana.
4 orang lagi masih tertimbus.

UPDATE: 5.15 pagi


Lebih kurang pukul 5.00 pagi, telefon rumah aku berdering-dering... (Ayah kepada Fahad)Jiran aku baru je telefon tadi. Ayah aku yang berkomunikasi dengannya. aku duduk tepi je. Berita sedih. Anak jiran aku tu Meninggal, namanya Fahad. Kesihan Fahad.. die baik budaknya... Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin.
Aku difahamkan jenazahnya kini di Hospital Kuala Lumpur dan akan disemadikan di Hulu Langat. InsyaAllah.
waktu aku nak post latest update nie.. aku dengar jiran aku baru je balik rumah. aku tumpang simpati dengan musibah yg menimpa mereka. Rasanya, sampai sini je update yang aku boleh bagi... aku perlukan tidur sebentar dan InsyaAllah jika berkesempatan keluarga aku akan ke Hulu Langat lagi. Assalamualaikum.

TERKINI: 5 orang telah terkorban.
P/sJika anda tidak ade keperluan untuk ke Hulu Langat.... Tolong elakkan lalu dijalan berhampiran tanah runtuh... ini untuk memudahkan Kenderaan Pihak Berkuasa dan AMBULANS untuk ke tempat kejadian.. Kerjasama anda amat dihargai...

Assalamualaikum, dalam Post nie ade sedikit berita kurang baik.Aku baru balik dari tempat kejadian tanah runtuh yang menimpa anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Antara mangsa-mangsa tu, salah seorang antara mereka dipercayai anak jiran aku(depan rumah). Selepas dapat berita, aku,ayah dan emak bergegas ke hulu Langat. Sepanjang perjalanan ke Hulu Langat, aku nampak banyak Ambulan dan Kereta Pihak berkuasa termasuklah forensik, SMART, Bomba. Bunyi Siren di merata-rata. Dipertengahan perjalanan pula, hujan turun dengan lebatnya.

Bila sampai di tempat kejadian, kereta yang aku naik tak dapat meneruskan perjalanan ke tempat kejadian. Ini kerana pihak polis telah menutup jalan untuk ke tempat kejadian. Hanya kenderaan pihak berkuasa dan ahli keluarga yang terdekat dibenarkan masuk.

kat bawah nie ade beberapa gambar... 





Marlah kita berdoa semoga mangsa-mangsa selamat. Amin.


sumber: sini

latestwindowslivewriter2011

Windows Live Writer 2011

Assalamualaikum, ape khabar.. post kali nie takda tujuan pon.. series aku tak tipu.. aku just gatal2 menaip sebab nak test buat post menggunakan WINDOWS LIVE WRITER. Pernah dengar menatang Writer nie? aku pernah dengar dulu.. dari blog yang mana aku tak ingat. Dulu aku tak amek port sangat sebab bile nak guna Windows Live Writer nie. memerlukan operating system yang asli atau nama manjanya.. ORIGINAL. Antara sebabnye kalau tak silap aku, kalau korang guna operating system yang lanun punya.. Windows akan dapat detect :D itulah sebabnya aku tak menggunakan menatang nie. pssttt.. paham-paham sendiri lah erk :p

Pirated_windows_xp

Pirated Windows XP

Tapi, pada waktu dan ketika aku sedang menaip post nie, aku menggunakan operating system yang original. So, aku tak perlu nak risau ape-ape pon. Macam orang biasa cakap.. kalau tak buat salah buat ape nak takut, betul tak? :p

 latest_blogspot_logo

Blogger

Pada pandangan mata aku yang ada dua nie.. Memang ade sedikit kelainan berbanding kalau kita guna kat blogspot tu.  Bagi aku, proses untuk mengupload gambau lebih cepat. Kalau korang perasan kalau guna kat blogspot tu, kita perlu upload, then select gambau mana yang kita nak..then baru lah di tempekkan kat blog. Tapi kalau guna Windows Live Writer nie, kita terus pilih file kat dlm laptop/PC then gambau terus ditempekkan kat blog. Dalam kes nie, kita da skip 1 step :) lebih cepat huhuhu :p

Hurmmm, setakat nie dulu aku merepek kerepek pasal Windows Live Writer nie.. Aku nak merepek banyak-banyak pon tak bole sebab aku baru je nak berjinak-jinak dengan benda nie. Kalau ade masa, aku merepek lagy pasal Windows Live Writer nie ye… Tata :)

Psst: Semester nie adalah sem yang paling BUSY… adoi… :(

Assalamualaikum,


ELO, ape khabar kawan2-kawan. Buat ape hari nie? Korang pegy naik Hop On Hop Off tak? Maklumlah, hari nie kan tiket free. Betul.. aku tak tipu, kalau korang tak caye baca kat sini.. TIKET BAS KL HOP ON HOP OFF PERCUMA.

Post nie aku nak bagitau kat korang lagu baru nie.. Baru ke?? hihihi.. Ape ape jelah, point aku ialah nak bagitau korang yang lagu Maher Zain yang tajuknya InsyaAllah tu dah ade dalam versi Bahasa Melayu. Aku da tau lama da pasal nie, cuma tak tau bile lagu nie akan keluar. Semlam  masa calling-calling Cik Fara Schul, die cakap die tengah layan lagu nie. So, Hari nie aku nak ajak korang dengar :)

Sejujurnya, 1st time aku dengar lagu nie.. aku tak dapat tangkap ape lirik lagu nie. Rasa janggal pon ade jugak sebab sebelum nie asik dengau dalam bahasa Inggeris je kan :) Kat bawah nie ade lirik sekali aku bagy, kalau korang nak download boleh lik sini.. INSYAALLAH VERSI MELAYU


Maher Zain - Insya’Allah (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Lepas nie, korang boleh lah karok lagu nie puas-puas. Tapi kalau rasa suara korang tu tak berapa commercial aku cadangkan karok dalam bilik air je, supaya tiada pencemaran bunyi di muka bumi nie :p

Merepek kerepek sampai sini dulu.. Tata :)

Assalamualaikum,


Hello kawan-kawan... Hari nie 1 Februari 2011 cuty kan?? Oppss silap cuty kat wilayah je.. Yang bukan Wilayah, anda tak cuty yer hihihi :p Ape plan korang cuty nie?? Kalau takda plan.. aku nak cadangkan korang pegy naik KL Hop On Hop Off. Tau tak apekebenda nie? Aku tanya nie sebab aku pon dulu tak tau jugak even aku nie duk KL hahahha. On my birthday haritu baru dapat naik bas nie :p



KL Hop On Hop Off nie ialah sebuah Bas 2 tingkat yang akan bawak korang pusing-pusing kat tempat-tempat menarik area Kuala Lumpur. Contohnya, Muzium Negara, Tugu Negara, Istana Negara, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan macam-macam tempat lagy. Senang citer tempat-tempat pelancong luar negara suka pegy :) Masa aku naik bas nie pon aku rasa macam aku nie pelancong luar negara tau :D.

 Jenis-jenis Bas

Bas nie ada 2 jenis, ada yang 100% tertutup dan ada yang terbuka, Maksud terbuka kat sini ialah.. Bahagian belakang kat tingkat 2 bas nie takda bumbung. Kalau korang duduk kat area nie, memang best. Rasa macam terbang pon ade..huhuhu. mengikut firasat aku, area nie boleh muat lebih kurang 9/10 orang penumpang dalam satu-satu masa. Kalau korang sukakan fotografi dan ade seketul kamera DSLR... aku cadangkan korang duduk kat area nie.. :)

KL Hop On Hop Off Website

kalau korang nak explore lagy pasal benda nie, korang boleh pegy kat website rasmi Hop On Hop Off nie.. http://www.myhoponhopoff.com . Korang boleh download peta laluan bas nie. Kalau nak lagy faham pasal bas nie, call je terus nombor 1800-88-5546. Jangan risau ..kredit korang takkan habis sebab tu nombor talian bebas tol. Sebelum aku nak naik bas nie, aku ade buat satu panggilan dan kredit aku tak kena tolak pon :)

            KL Hop On Hop Off Facebook             SaDdAm LiFe FaCeBoOk

Korang jugak boleh 'like' KL Hop On Hop Off kat Facebook.  Nie link nyer.. FACEBOOK KL HOP ON HOP OFF. Marilah kita sama-sama memperkenalkan Bas nie kat orang ramai. Kalau korang rasa terlebih rajin, jemputlah 'like' blog aku nie kat Facebook jugak hihihi.. ni link nyer.. SaDdAm LiFe FaCeBoOk. Terima kasih yer sesiapa yang sudi like :D

So, kalau korang takda ape-ape plan hari nie, korang boleh try naik bas nie. Aku cadangkan naik pada hari nie sebab ianya FREE bersempena sambutan Hari Wilayah :)

Aku merepek kerepak sampai sini dulu pasal Bas nie, nanty aku merepek lagy pasal bas nie atau pon benda-benda lain ye.. TATA :)
Assalamualaikum,
Happy birthday to me..Happy birthday to me..............Happy birthday to me...Happy birthday to me. Hahaha.. Hari nie ialah ulang tahun aku yang ke-20. Cuba korang tengok betul-betul kat nombor tu, no 20 kan?? Ya, memang nombor 20. Maknanya aku dah hidup 20 tahun di muka bumi yang bertuah nie... Alhamdulillah, aku harap bile dah berumur 20 tahun nie, aku akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Special chocolate :D

Sampai sini dulu post nie.. pendek je kan?? Nanty aku citer panjang..huhuhu
Tata :D
Assamlamualaikum…
Ha, jangan terkejut dengan tajuk nie. Entry nie bukan entry prank nak kenakan korang. Nie entry yang benar dari yang benar. Finally, KPTMKL akan ada sebuah club sukan yang diberi nama manja iaitu KELAB BOWLING KPTMKL. Sebebnarnya dah lama da S bercadang nak tubuhkan kelab nie. Tapi setiap kali S nak tubuhkan kelab nie.. S tertanya-tanya samada mampu ke S nak uruskan Kelab Bowling nie. Setelah fikir siang dan malam, pagy dan petang, tidur tak lena , makan tak kenyang.. akhirnya S buat keputusan yang S nak jugak tubuhkan Kelab Bowling nie dengan bantuan dari kawan-kawan S… Thanks guys. :)


Minggu lepas adalah hari yang genting untuk S menubuhkan kelab nie, S ade lebih kurang 4 hari je untuk cari sekurang-kurangnye 30 orang ahli. Pada mulanya S ingatkan hanya 10 orang. Rupa-rupanya S silap, kalau nak tubuhkan kelab kat Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur… perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang ahli. S jugak perlu buat satu organisasi untuk kelab nie. Memikirkan nak kena  cari 30 orang, S da mula pening, loya-loya, mabuk  laut…hahhaha tipu je.. yang betulnye S da mula risau, takut-takut tak dapat cari 30 orang ahli tu. :(

Lepas  balik dari kolej, S start mencari kawan-kawan yang berminat nak join kelab bowling nie. Dalam masa yang sama, S mintak tolong Cik Farahin untuk cari lagy sesiapa yang berminat. Keesokkan hari, S war-warkan berita pasal kelab nie kat kawan-kawan sekelas.. S bagy sehelai kertas kat diorang untuk diorang CONTENG-CONTENG tulis nama.

logo baru kptm


Dalam hari yang sama jugak, Pihak kolej ada menganjurkan Karnival Kelab untuk pelajar-pelajar KPTMKL mendaftarkan diri. Ada beberapa kelab yang baru dan menarik perhatian S. Contohnya, kelab memancing dan kelab ‘NR’. Kelab Double-T?? Sudah semestinye S mendaftarkan diri..huhuhuhu. :D Masa karnival nie berlangsung, S tak terlibat sangat..sebab waktu kelas sangatlah pack. Untuk tak lepaskan peluang menarik ahli untuk Kelab Bowling, S mintak tolong kawan S  di kelab Double-T untuk sediakan kertas senarai nama Kelab Bowling. Thanks Adir, banyak hasil nama yang aku dapat. :) S mintak tolong Adir pon sebab Syazwan Kechik’z yang bagy idea ni.. Thanks Wan :)

Hari semakin menuju ke petang, akhirnya S berjaya medapatkan nama ahli-ahli Kelab Bowling, target S hanyalah 30 orang… Syukur Alhamdulillah, senarai nama yang S kumpulkan menjadi lebih kurang 150 orang..huhuhuhu yeeaayyyy :) Salah Satu syarat S da lepas.. :)

bowling...


So, kawan-kawan yang dah tulis nama kat list ahli  kelab tu… thanks ye sebab support penubuhan kelab nie… Nanti boleh lah kita buat pertandingan bowling macam dolu-dolu kan?? :) tak ingat?? jemput baca nie>>> Pertandingan Bowling KPTM KL. S harap, minggu depan, kelab nie diisytiharkan sah di KPTMKL..huhuhuhu  Kalau ada sesiapa lagy yang nak joint the club, tapi tak tulis nama lagy… Don’t worry.. nanty kalau ada meeting datang ye.. S akan ambil senarai nama sekali lagy :)

Oklah, S merepek kerepek sampai sini dulu pasal Kelab Bowling nie… nanty-nanty kita citer pasal bowling lagy eh :)

Tata :)

p/s: Jom main bowling :D

Cerita lain pasal KPTMKL : Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur