MALAYSIA Juara Piala Suzuki 2010

, , No Comments
Alhamdulillah, Pasukan Bola Sepak Malaysia berjaya menjadi JUARA Piala Suzuki 2010. Ini bermakna penantian kita sebagai rakyat Malaysia selama 14 tahun atau pon bersamaan budak sekolah tingkatan 2 telah berakhir :D Terima kasih pemain pemain Malaysia, anda memang terbaik!!!!


Berkenaan tekaan S sebelum ni di Keputusan Final ke-2 Piala Suzuki 2010, ternyata meleset sekali lagy, S ingatkan Malaysia akan menang lagy dalam perlawanan tadi, rupa-rupanya tak. Malaysia tewas dengan keputusan Malaysia 1 Indonesia 2 but who cares Malaysia still da winner ok.   Malaysia menang dengan kiraan agregat 4-2. Tak sia-sia bawak bekalan besar 3-0 kat sana kn :)

Satu gol di stadium pihak lawan tadi sebenarnya memberikan advantage yang besar kepada Malaysia. paham tak maksud S ni? hihihi maksudnya, Indonesia terpaksa mendapatkan 5 gol sebelum perlawanan tamat untuk bergelar juara. S ulang, 5 gol ye. Itu pon kalau Malaysia hanya golkan 1 je, kalau Malaysia golkan 2. Indonesia kena dapatkan 6 gol and kalau Malaysia golkan 3... Ha, korang pandai-pandailah kira sendiri ye :) Inilah kelebihan bermain di padang pihak lawan :D



Penjaring-penjaring gol dalam perlawanan tadi ialah:

PASUKAN MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)

PASUKAN INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 72), gol sendiri (min 87)

Kesimpulannya, S amat kagum dengan prestasi pasukan Bola Sepak Malaysia sekarang nie. Tahniah kepada Rajagopal iaitu Jurulatih Pasukan Malaysia kerana telah membawa satu era baru. S harap perkara nie berkekalan dan tak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Sampai sini dulu S merepek kerepek dalam post nie ye.. Tata... :D

p/s: Isu laser dah ditimbulkan... lepas nie isu ape lah pulak kan.. :D 

sumber: kosmo

0 comments: