Keputusan Final Piala Suzuki 2010: Malaysia 3 Indonesia 0

, , No Comments
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah, S sangat bersyukur dan gembira malam ini kerana S menang pada malam ni. Menang ape? Menang anugerah ke? Hihihihi.... tiba-tiba rasa macam dekat Majlis Anugerah Skrin 2010 lah pulak :p

Sebelum nie S ada menyatakan yang Pasukan Malaysia telah berjaya meletakkan kedua-dua belah KAKI mereka ke Final Piala Suzuki 2010. Pada malam ni pula S ingin menyatakan bahawa pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya memegang Piala Suzuki 2010 dengan sebelah TANGAN mereka. Ini lah ape yang S menang tadi :p Perlawanan Final tadi yang menyaksikan Malaysia bertempur habis -habisan dengan Pasukan Indonesia. Tuah lebih memihak kepada Pasukan Malaysia. Pasukan Malaysia telah menang dengan kiraan gol Malaysia 3 - Indonesia 0. Diulangi Malaysia 3 - Indonesia 0. 

Bagy S, kemenangan kali ini bukan disebabkan oleh tuah sahaja, tapi kemenangan malam ni disebabkan permainan yang mantap. Permainan yang mantap ini pulak hasil daripada didikan dan tunjuk ajar daripada Jurulatih Malaysia iaitu Rajagopal. Sejak Rajagopal mendidik Pasukan Malaysia, pasukan kita telah berjaya memenangi perlawanan-perlawan yang agak besar untuk negara-negara macam kita ni. Tak mustahil satu hari nanti pasukan malaysia akan memenangi pertandingan-pertandingan yang lebih berprestij. InsyaAllah.

Hero kita pada malam ini ialah:

Safee Sali

dan

Ashari Samsudin

Thanks bro kerana telah berjaya membalas dendam kekalahan 5-1 dii peringkat kumpulan suatu masa dahulu :)

Baiklah, sampai sini je S merepek kerepek pasal bola. S menantikan perlawanan akhir kedua nanti di Indonesia... harap2 pasukan Malaysia menang lagy, InsyaAllah. Tata :p

0 comments: