Assalamualaikum.. hai, entry kali nie nak citer sikit pasal GA yang dianjurkan oleh kakyong.com. Contest nie simple je sebenarnye.. cuma teka berapa nilai duit syiling yang ade kat dalam gambau tu. Alaaaa... lebih kurang sama macam korang kira duit tabung korang tu.. :) 

Kalau ade sesapa yang dapat teka dengan tepat atau hampir tepat, kakyong.com akan memberikan 1 hadiah untuk 5 pemenang. Hadiah yang akan diberikan ialah sebuah rumah bangla banglo tajaan Sendirian Berhad. hihihi... S gurau je.. Hadiahnye S pon tatau.. tidak dinyatakan oleh penganjur :)

Dalam post nie, S nak bgtau jumlah kiraan S ialah:

TEKAAN PERTAMA:

1sen: RM 0.13
5sen: RM 02.30
10sen: RM 26.00
20sen: RM 31.00
50sen: RM 23.50

TOTAL: RM 82.93

TEKAAN KEDUA:

TOTAL RM 82.98

Akhirnya dapat jugak S buat entry nie.. :D Harap-harap S sempat join contest nie and tekaan S betul hihihi.. :p

Sampai sini dulu S merepek kerepek... Tata..
Salam, ha.. jangan terkejut sampai tak boleh bernafas pulak and tak payah tonyoh-tonyoh bijik mata korang tu. Memang betul ape yang korang tengok dan baca nie. Jumaat ini bertarikh 31 Disember 2010 Malaysia akan cuti umum. Selepas Perlawanan berakhir tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak isytiharkan cuty. Yeeaayyyyy...!!!!



Kalau korang still tak percaya jugak, kalau korang takut S menipu korang, pekena korang, silalah melawat website Berita Harian dan Utusan Malaysia. Klik link kat bawah nie ye :)


Berita Harian:
Untuk pengetahuan korang semua, cuti nie diberikan sempena Pasukan Bola Sepak Malaysia menjulang Piala Suzuki buat pertama kali. Kepada pemain-pemain Malaysia, terima Kasih sekali lag ya, kerana anda kami rakyat Malaysia dapat cuti umum. Terima Kasih... Terima Kasih... Terima Kasih :)

Sampai sini dulu S merepek kerepek kali nie ye.. Selamat bercuty hari Jumaat ni :D 
Tata...

Alhamdulillah, Pasukan Bola Sepak Malaysia berjaya menjadi JUARA Piala Suzuki 2010. Ini bermakna penantian kita sebagai rakyat Malaysia selama 14 tahun atau pon bersamaan budak sekolah tingkatan 2 telah berakhir :D Terima kasih pemain pemain Malaysia, anda memang terbaik!!!!


Berkenaan tekaan S sebelum ni di Keputusan Final ke-2 Piala Suzuki 2010, ternyata meleset sekali lagy, S ingatkan Malaysia akan menang lagy dalam perlawanan tadi, rupa-rupanya tak. Malaysia tewas dengan keputusan Malaysia 1 Indonesia 2 but who cares Malaysia still da winner ok.   Malaysia menang dengan kiraan agregat 4-2. Tak sia-sia bawak bekalan besar 3-0 kat sana kn :)

Satu gol di stadium pihak lawan tadi sebenarnya memberikan advantage yang besar kepada Malaysia. paham tak maksud S ni? hihihi maksudnya, Indonesia terpaksa mendapatkan 5 gol sebelum perlawanan tamat untuk bergelar juara. S ulang, 5 gol ye. Itu pon kalau Malaysia hanya golkan 1 je, kalau Malaysia golkan 2. Indonesia kena dapatkan 6 gol and kalau Malaysia golkan 3... Ha, korang pandai-pandailah kira sendiri ye :) Inilah kelebihan bermain di padang pihak lawan :D



Penjaring-penjaring gol dalam perlawanan tadi ialah:

PASUKAN MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)

PASUKAN INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 72), gol sendiri (min 87)

Kesimpulannya, S amat kagum dengan prestasi pasukan Bola Sepak Malaysia sekarang nie. Tahniah kepada Rajagopal iaitu Jurulatih Pasukan Malaysia kerana telah membawa satu era baru. S harap perkara nie berkekalan dan tak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Sampai sini dulu S merepek kerepek dalam post nie ye.. Tata... :D

p/s: Isu laser dah ditimbulkan... lepas nie isu ape lah pulak kan.. :D 

sumber: kosmo

Asalamualaikum, ape khabar? S rasa korang mesty tak sehat kan? Sebab kena demam.... demam bola sepak Hhihihi... Tak sabar rasanya nak tau keputusan penuh untuk Piala Suzuki ni. Kalaulah hari kemenangan 3-0 aritu jadi kemenangan penuh kan best. Tamatlah penantian 14 tahun Malaysia untuk Piala Suzuki nie.

Mengikut firasat S, penantian nie akan berakhir pada malam nie.. InsyaAllah. Tapi, bergantung kepada cara permainan pemain Malaysia jugak, jika mereka main macam final pertama hari tu berkemungkinan besar Malaysia akan menang tetapi, kalau Malaysia main macam perlawanan separuh akhir kedua menentang Vietnam, S rasa itu akan menjadi mimpi buruk Malaysia. Harap-harap pemain tak main macam perlawanan menentang Vietnam tu (separuh akhir kedua).

Keputusan perlawanan Malaysia menentang Indonesia malam nie S rasa Indonesia akan menjaringkan gol dahulu, kemudian Malaysia pula akan meledak 2 gol dan menjadikan kemenangan Malaysia iaitu 2-1. Pendapat ayah S pulak ialah Indonesia akan menang, tetapi dengan keputusan 0-1.. tak boleh banyak banyak..hihihihi.. Kalau betul tekaan ayah S tu, Malaysia Still akan jadi JUARA. huhuhu :p

Sampai sini jelah S merepek kerepek... marilah kita sama-sama berdoa semoga Malaysia menang piala nie... amin... 

Tata.. :D

p/s: Adakah laser still akan menjadi isu lagi??? ;)
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah, S sangat bersyukur dan gembira malam ini kerana S menang pada malam ni. Menang ape? Menang anugerah ke? Hihihihi.... tiba-tiba rasa macam dekat Majlis Anugerah Skrin 2010 lah pulak :p

Sebelum nie S ada menyatakan yang Pasukan Malaysia telah berjaya meletakkan kedua-dua belah KAKI mereka ke Final Piala Suzuki 2010. Pada malam ni pula S ingin menyatakan bahawa pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya memegang Piala Suzuki 2010 dengan sebelah TANGAN mereka. Ini lah ape yang S menang tadi :p Perlawanan Final tadi yang menyaksikan Malaysia bertempur habis -habisan dengan Pasukan Indonesia. Tuah lebih memihak kepada Pasukan Malaysia. Pasukan Malaysia telah menang dengan kiraan gol Malaysia 3 - Indonesia 0. Diulangi Malaysia 3 - Indonesia 0. 

Bagy S, kemenangan kali ini bukan disebabkan oleh tuah sahaja, tapi kemenangan malam ni disebabkan permainan yang mantap. Permainan yang mantap ini pulak hasil daripada didikan dan tunjuk ajar daripada Jurulatih Malaysia iaitu Rajagopal. Sejak Rajagopal mendidik Pasukan Malaysia, pasukan kita telah berjaya memenangi perlawanan-perlawan yang agak besar untuk negara-negara macam kita ni. Tak mustahil satu hari nanti pasukan malaysia akan memenangi pertandingan-pertandingan yang lebih berprestij. InsyaAllah.

Hero kita pada malam ini ialah:

Safee Sali

dan

Ashari Samsudin

Thanks bro kerana telah berjaya membalas dendam kekalahan 5-1 dii peringkat kumpulan suatu masa dahulu :)

Baiklah, sampai sini je S merepek kerepek pasal bola. S menantikan perlawanan akhir kedua nanti di Indonesia... harap2 pasukan Malaysia menang lagy, InsyaAllah. Tata :p

Malaysia

Salam...fuhh.. Alhamdulillah, akhirnya Malaysia berjaya meletakkan kedua-dua belah kaki di Final Piala AFF Suzuki 2010 dan ini akan dibuktikan pada malam ini. YEAAAYY.... :D Tahniah skuad bola sepak negara.
Jurulatih Malaysia

Tahniah juge kepada jurulatih skuad Malaysia iaitu En. Rajagopal kerana telah berjaya melatih pemain dan melayakkan mereka sampai ke tahap ini. Tahniah sekali lagy.

Sebelum ke Akhir, Malaysia telah menewaskan terlebih dahulu pasukan Vietnam dengan agregat 2-0. Di Final kali ini, Malaysia akan bertemu dengan pasukan Indonesia. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini. Jika ada kesempatan, ramaikan penyokong Malaysia disana ok ;)
Malaysia VS Indonesia

Harapan S, Malaysia akan menang untuk perlawanan Akhir pertama ini. Sekurang-kurangnya, dapat mengurangkan sikit tekanan di peringkat Akhir kedua nanti yang akan berlangsung di Indonesia pula. Harapan kedua S ialah semoga pemain-pemain Malaysia tidak cedera. Semoga harapan S ini menjadi kenyataan. Amiinnn...
Jangan main macam nie yeee..

Oklah, sampai sini dulu S merepek kerepek ye. Nanti bile da beli kerepek baru, S merepek lagy ye.. ;)
Tata.... :D
p/s: Jangan bergaduh ye wahai Malaysia dan Indonesia :D
Bertunang?

Assalamualikum, Hai, Terkejut dengan tajuk atas tu? hihihi... Kalau terkejut, tarik nafas dalam-dalam bagaikan laut..pastu baca statement bawah ni :

Hafiz Hamidun

"Actually taklah bertunang, kami berdua rapat sebab company saya ialah consultan untuk Heliza Helmi Production. Itu sahaja."

Ha, dah baca?? Sekarang da boleh lepaskan nafas korang tu. Tarik lama-lama kang pengsan pulak... S takmau tanggung ok ;) Sebenaunye, mereka ni tak bertunang pon, Ianya Gosip semata-mata. Entah sape yang jadi stater gosip nie pon S tak tau. Tapi yang pastinya bukan S ye :p

Tapi menurut sumber berita ni, mak Heliza ade melawak dengan saudara Hafiz kita nie dengan berkata:

"Berapa dulang nak hantar bertunang nie?"

Kembar Heliza.. :p

Hihihi.... Lawak juge mak kepada cik Heliza yang bermata Bolat ni. S rasa, ramai peminat die yang sukakan mata die yang Bolat tu.. Urm, kalau makcik tu dah tanya macam tu, S rasa mereka macam dah rapat dan tak mustahil lawak nie boleh jadi satu pertanyaan yang serious..kan..kan :p

Sampai sini je S merepek kerepek ye... S nak pegy tengok kerepek kat dapur ada lagy atau tidak... TATA :)

Sumber: beautifulnara, Heliza, Hafiz Hamidun
Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010

1) Rancangan Realiti Tv Terbaik
-Showdown 2010-8tv

2) Laporan Khas/Berita Terbaik
-Aduan Rakyat -Tv3

3) Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
-Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi-Astro

4) Lakon Layar Terbaik -Kategori Filem
-Evolusi Kl Drift 2-Shamsul Yusof

5) Drama Komedi Terbaik
-Simpang 3-Tv3

6) Lakon Tv Terbaik
-Antara Garisan-Astro

7) Program Hiburan Terbaik
-Anugerah Bintang Popular

8) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
-Fadzilah Mansor-Sebelum Akhirat

9) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik- Kategori Drama
-Isma Yusoof-Antara Garisan-Astro

10) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik -Kategori Filem
-Nor Fazura-Pisau Cukur

Piala Anugerah Skrin

11) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Kategori Filem
-Aaron Aziz-Kl Drift 2

12) Rancangan Bual Bicara Terbaik
-Rtm: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu-Rtm

13) Laporan Khas / Berita Terbaik
-Aduan Rakyat -Tv3

14) Videografi Terbaik -Kategori Drama
-Datang Bulan-Astro

15) Pelakon Wanita Terbaik-Kategori Filem
-Sharifah Amani-Mualaf

16) Pelakon Lelaki Terbaik-Kategori Filem
-Bront Palare-Belukar

17) Pelakon Wanita Terbaik-Kategori Drama
-Nor Khiriah-Antara Garisan

18) Pelakon Lelaki Terbaik-Kategori Drama
-Fauzi Nawawi-Sebelum Akhirat

19) Pengarah Terbaik Kategori Filem
-Yasmin Ahmad-Mualaf

20) Pengarah Kategori Drama Terbaik
-Murali Abdullah-Sebelum Akhirat

21) Rancangan Muzikal Terbaik
-Anugerah Juara Lagu 24-Tv3

22) Drama Rantaian Terbaik
-Nur Kasih

23) Filem Terbaik
-Mualaf

24) Drama Terbaik
-Antara Garisan

25) Anugerah Khas Juri
-Shaheizy Sam

p/s: Tahniah kepada pemenang anugerah... Shaheizy Sam and Aaron Aziz memang best..huhuhuu
Salam, hai... pukul 9 tadi korang buat ape? Korang percaya tak S ade kuasa. Kuasa yang boleh tau ape korang buat tadi huhuhu :p Tadi korang duduk diam-diam depan TV kan? haaa..haaa... baiik mengaku.. kalau tak nanti TV korang pecah... ;) Rancangan yang korang tengok pulak mesty Anugerah Skrin  kat TV3 yang di hoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran kan..kan..kan.?? See, S da cakap, S ade kuasa..huhuhu.
TV3 Malaysia

Amacam, korang berpuas hati ke dengan keputusan-keputusan tu? Kalau tak puas hati, pergy hentak kepala kat dinding umah korang :p Bagi S, S tak dapat nak komen banyak-banyak, sebab S tak tengok sepenuhnya rancangan tadi... sebab S kerja... dalam pukul 11 tadi baru balik. Bile da balik, ade sedara datang umah pulak... Seperti kebiasaan, menjadi tugas S untuk ke kedai makan membeli ape yang patut. Masa kat kedai makan tu, S sempat tengok Shaheizy Sam terima anugerah. Dia dapat anugerah khas juri iaitu Anugerah Khas Yasmin Ahmad. Bagy S, Sam memang layak sebab S kagum dengan lakonan die.. Salah satunya dalam cerita Adnan Sempit... huhuhu memang kelakar dan sempoi.. ;)
Shaheizy Sam

Bagy anugerah lain pulak, S tak focus sangat sebab sebuk main dengan anak buah and sepupu yang kecik and makan :p Lapau ok perut nie bile lepas kerja ;) Bile time penutup, S ade jugak tengok Faizal Tahir buat persembahan. Pada permulaan  persembahan memang nampak gempak, sebab die start daripada Faizal Tahir dalam kereta. Then Faizal Tahir menuju ke pentas. Tapi, bagi S lagu yang dinyanyikan tadi kureng sikit... Maaf, siapa je lah S nak komen lagu artis hebat mcm Faizal Tahir, ini hanya pendapat S. mungkin sebab lagu yang dinyanyikan tadi baru lagy... Halwa telinga S tak biase lagy dengan rentak lagu tu ;) Mungkin lepas nie S dengar sedap pulak kan?? ;)
Faizal Tahir

Pakaian-pakaian mereka pada malam ni memang tidak bole disangkal lagy. Semuanya cantik-cantik. Terkesima sekejap tadi :p Tapi, kalau korang perasan.. Baju-baju diorang pakai makin lama makin seksi... adess .. Tapi, bile kita tengok pelakon-pelakon lelaki punya pakaian pulak, bukan main smart. Tutup setutup tutupnye :p Pelik kan...hurrmmm :) Ini ape yang S nampak di mata S... Dimata korang S tak tau lah pulak :)
Piala ASK 2010

Oklah sampai sini je S nak merepek kerepek sikit pasal anugerah skrin kali nie... Kepada pelakon-pelakon yang berjaya, S ucapkan tahniah. Bagi yang tak berjaya, teruskan usaha anda manaikkan industri seni tanah air kita. :D Ceh, bajet macam ade je artis yang bukak blog S nie kan :p

Tata titi tutu :D
Hai, ape khabau? Harap-harap sihat le.Ok, post kali nie S nak bgtau sikit petua, dan tips kecantikan… eeeehhh bukan, ape pulak kecantikan… Cara untuk menjimatkan korang punyer duit. Skop kali nie, kta focus on Topup. Kalau nak tau pasal UOX boleh klik link tu>>> UOX MURAH


Korang tau ke ape tu Topup? Maksud topup? Ha, tiap-tiap hari korang sebut kan? Contohnye macam nie “ish aku nak pegy 7e, nak beli topup jap”atau pun “aduyai, bile kedai tepon tu nak masukkan topup nie, dah setahun aku tunggu”. Pernah cakap mcm nie? Mesty pernah kan..kan? ;) ok, maksud topup ialah menambah sesuatu benda. Ia tak semestinye kredit telefon korang tu. Sebagai contoh, kalau barang-barang display di pasaraya semakin berkurangan, Manager akan cakap kepada Store Keeper, “Ei mat, nanty ko topup pampers Momo piki”. Ha, faham tak? Kalau tak faham, buat-buat je faham, S bukan tau pon ;)

Aiisshh… membebel panjang pulak. Now straight to the Ampang Point.  Korang pernah dapat message nie tak?

***Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S***



Cepat..cepat.. cuba ingat balik, ade? Tapi korang buat tak tau je? Ha, korang silap sebab memang rugy korang tak amek promotion nie. S dapat  message di pada 26 November 2010. Time nie S ngah packing barang untuk menyertai aktiviti Kelab Double T Kolej Poly-Tech MARA kat Port Dickson :)
Bile S dapat sms nie, secara jujurnye S fikir nie message tipu. Maksud S, messsage nie dari syarikat-syarikat yang buat meniaga sms sebagai contoh “ON CINTA” hantar ke 9999. Tapi tergerak pulak hati nie nak baca message tu dengan teliti and S dapati ianya memang dari Celcom. Wah, Celcom buat Prommotion menarik lagy..huhuhuhu S pon aperagy.. reply message tu… then S dapat message nie

***T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.***

Yeaayy… dapat call lama-lama..huhuhu :D  S pon cuba try test bual satu panggilan. Orang yang S call tu sape lagy kalau bukan Cik Fara yang disayangi.. hihihi :p Panggilan & Sms tanpa had ni S bawak sampai ke Port Dickson. Kat sana S sempat buat call free untuk bagitau family yang S dah Selamat sampai. :)
Haaa… nielah part yang S paling tak suke.. bila jam menunjukkan pukul 11.59 PM. Handphone S akan mendapat satu message dari Celcom dan message tu berbunyi  macam nie… sok sek sok sek… ahhaha bukan lah… nie ha,

***Langganan PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom telah tamat tempoh sah. Untuk melanggan semula, sila hantar YESRM2 ke 22188.***

 Bile message nie sampai, secara tak langsung S tiada lagy Panggilan & Sms tanpa had. Kalau S nak lagy, S kena hantar lagy sekali sms yang mula-mula ;) oleh kerana S duduk kat Port Dickson, ade banyak aktiviti nak buat dan takda sape S nak calling-calling dan SMS’ing S pon tak teruskan promotion tu. Lagy pon nak teruskan buat ape, orang tersayang da ade kat Port Dickson jugak…face to face sudey… ;)

Bagy S, package nie bagus untuk mereka, mereka dan mereka kat luar sana yang suka bergayut tak hengat dunia dan student-student Malaysia yang berada di luar negara. Ha, time nie lah korang nak saving duet topup. See, baik kan Celcom nie ;)

Oklah, rasenye da panjang keretapi dah S merepek kerepek. S stop kat sini dulu ye, S nak gy sambung makan kerepek..hihihihi..
Tata :)
Salam, hai berjumpa lagy kita didalam rancangaaaannnn….. Saddamlife!!! hahaha sejak bile pulak saddamlife ade rancangan TV ;)  Ek eh, betul ke tajuk entry nie? Lain macam je tengok. Betul tak?? Hihihihi :p Memang salah pon, tajuk nie bukan keputusan perlawan bola sepak Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam sebentar tadi.

urrmm..
Ianya hanyalah tanggapan S sebelum perlawanan bermula. Ternyata, sangkaan S meleset sama sekali. S sangkakan Malaysia hanya menang tipis keatas Vietnam tetapi malangnya, dan malang sekali untuk Vietnam apabila Safee Sali telah menjadi HERO Malaysia pada malam tadi apabila berjaya menjaringkan 2 gol pada minit ke-60 dan minit ke-79. CAYALAH bro :) Maksudnye, keputusan perlawanan separuh akhir pertama telah di menangi oleh Malaysia iaitu 2-0 huhu :)

inilah hero nyerrr :)
Ini bermakna, Malaysia telah meletakkan sebelah kaki ke peringkat akhir manakala sebelah lagy akan ditentukan pada hari Sabtu nanty. S amat berharap agar pasukan Malaysia Berjaya meletakkan kedua-dua kaki ke peringkat FINAL nanty.  Tahniah kepada pasukan Malaysia. Teruskan mengharumkan nama Negara dipersada dunia. Majulah sukan untuk Negara ;)


Sampai sini je S merepek kerepek… nantykan entry berikutnye ;)
 (ade ke org nak bace? :p )
Tata…
Jersi Pasukan Malaysia

Assalamualaikum... Ape khabar.. Harap-harap sihat walafiat :) Huhuhu inilah post pertama untuk bulan nie... Dah baca tajuk post nie? Haaaa... Jangan terkejut pulak, tajuk nie bukan ajak gaduh tapi tajuk nie bersempena dengan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010. 

Perlawanan malam nie akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ini. Dah beli tiket ke? Kalau dah baguslah. Tapi kalau belum korang sempat lagi kalau nak beli, sebab kaunter dah bukak dari pukul 10 pagi tadi. Setakat nie, 22 000 tiket telah terjual. Boleh dibanggakan jugaklah dengan penjualan tiket sebanyak nie. Secara tak langsumg menunjukkan masih ramai lagy yang sokong Pasukan bola sepak Malaysia :) 
MALAYSIA

Untuk pengetahuan korang, S tak pegy pon malam nie, sebab S bekerja. So, apa sokongan yang S boleh bagi ialah S mendoakan semoga pasukan bola sepak negara kita menang dalam pertandingan separuh akhir pertama ini. :) Kalau korang mempunyai masa terluang, jemputlah ke Bukit Jalil. Senang je nak pegy sana...Naik LRT je. Tadi, S nampak da ade orang ramai menuju ke Bukit Jalil sambil mengenakan jersi pasukan Malaysia... CAYALAH... ;)
oklah sampai sini je S merepek kerepek.. nanty kalau ade masa lebih S merepek lagy ye.. 
tata...