Assalamualaikum, hai ape khabar, sehat?? S sehat-sehat aje kat sini... eh,ade ke orang tanye? Perasan lebeh je mamat nie... hihihi :) perghhhh lama gila S tak buat post, kesian blog nie, diabaikan, ish ish ish jangan merajuk ye blog, esok S belikan gula-gula :)
Makkah

Ha, nak tau apsal tetiba  S buat post baru??? Tujuannye ialah nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha atau pon Hari Raya Qurban. S nak ingatkan korang semua terutamanya perempuan, Hari Raya Aidiladha ini sungguh berbeza dan amat berbeza dengan pemain bola sepak negara. Tak kenal? alaaa.. yg kembar tu... Tak kenal jugak? okhay, tak payah cerita panjang. tengok je gambar kat bawah nie.

Aidil & Zaquan

Amacam? kenal dah? nie lah player Malaysia yang S cakapkan tadi. Ape kena mengena mamat 2 orang nie dengan raya??? hihihih peningkan? S kaitkan sebab nama mereka, seorang tu namanya Zaquan Adha dan seorang lagi namanya Aidil Zafuan. So, bile kita menggabungkan nama mereka ianya akan berbunyi macam nie = = = Aidil Adha :D 

Hihihi.. bukan lah niat dihati untuk mengejek atau memerli nama mereka, sesungguhnya nama mereka sungguh sedap  dan enak.  S cuma nak bgtau yang setiap kali S tengok perlawanan bola sepak yg melibatkan mereka, S akan teringatkan Hari Raya Aidiladha :)
 ( orait end of story pasal mereka :p )

lembu

Sambut raya kat mana tahun nie? Orang cakap sambutan raya Aidiladha di pantai timur lebih hebat dari sambutan Aidilfitri.... betul ke? S tak tau, sebab S tak pernah beraya kat sana :)  Tahun nie, dekat area rumah S nie ade satu surau, S nampak ade 2 ekor lembu yang akan di korbankan esok. Dulu-dulu, kat surau nie pernah qurban lembu lebih dari 5 ekor. Tahun nie agak kurang. Tapi tu suma tak penting.. betul tak?

Okhaylah, sampai sini je S celoteh, sekali lagi S nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. :)
sekian.. TQ and tata.. 

P/s: Jangan lupa sembahyang raya :)