Sambutan Merdeka Di Bukit Jalil

, , No Comments
Yuuhhuuu…. :) Assalamualaikum, cuba korang tengok jam tangan korang? Berapa hari bulan ek hari ni? Ha, S suruh tengok jam korang bukan sebab S nak tanya buka puasa pukul berapa.. tapi nak bagitau yang tak lama lagi jam tangan korang, jam dinding, jam laptop, jam netbook, jam sekolah dan bermacam-macam jam lagi akan menunjukkan pukul 12.00 tengah malam dan tarikhnya ialah 31 Ogos 2010. Ada apa dengan tarikh ni? Tak tau???? Toleh belah kanan korang… ade cawan tak?? Kalau ade, angkat cepat pastuh hentak sikit kat kepala tu…. Kalau cawan takda, abaikan arahan ini.. ngeh ngeh ngeh.. o_o

merdeka.....

Sekarang da ingat kan? Bagoz… Huhuhu.. Sambutan kemerdekaan pada tahun nie berlainan sikit dari tahun lepas. Sebab pertama ialah 31 Ogos jatuh pada bulan Ramadhan dan yang kedua ialah sambutan tahun ini diadakan di dalam Stadium Putra Bukit Jalil. 
Stadium Bukit Jalil 

Kenapa tahun ni kat dalam stadium?? Apesal tak buat kat dataran merdeka? Ha, soalan nie mesty famous dikalangan adik-adik comel. Dan soalan nie jugak lah yang penat nak dijawab oleh ibu bapa adik-adik comel ni…hihihi. Takpe kali nie biar S pulak yang jawab… Adik, tahun ni buat kat dalam stadium sebab, 31 Ogos tu kan kita sume berpuasa, Adik puasa tak? Ha,pastu.. bile dah puasa.. mesty badan kita letih sikit kn..kn..? So, untuk mengelakkan semua Hospital dan Klinik dipenuhi oleh peserta-peserta persembahan Hari Merdeka maka sambutan tahun ini diadakan di dalam stadium. Sejuk sikit.
Cuba bayangkan kepanasan matahari di dataran Merdeka di pagi hari….dah,dah cukuppp… panas kan?? Abg pon tak tahan dik oi. Hihi ;p


Jalur Gemilang 



Korang dah kibarkan bendera? Silalah kibarkan bendera. Tahun nie pon S tengok tak banyak kereta dan rumah yang kibarkan Jalur Gemilang. Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang. Aiihhh, pasang LAMPU KELIP-KELIP boleh.. takkanlah nak pasang bendera tak boleh hihihi…

Kepada blogger-blogger kat luar sana, anda pon boleh kibarkan Jalur gemilang sebenarnya… caranya ialah, pegy kedai bendera… pastuh beli bendera Malaysia yang kecik tuh..pastuh tampal kat blog korang. Cara nak tampal kat blog pulak ialah…. Lipat dulu bendera yang dibeli tadi..pastu sumbatkan bendera tu melalui screen komputer korang.


AWAS: Jangan buat kalau anda masih sayangkan komputer anda!!

Hihi.. S gurau je, jangan p ikut pulak… tu merapu merepek kerepek. Actually pakai coding. Simple gila. Nanty S buat post khas untuk pasang bendera tu. Kalau nak sambung kat sini, S rasa da macam karangan SPM pulak..korang pon menyampah nak bace panjang-panjang kn..kn..?
Harap bersabar ya :) tata…

0 comments: