Potong gaji RM1, 70% setuju.

, , No Comments
Salam, beberapa hari yang lepas S ade bace paper online. Dalam tu ade berita pasal potong gaji sekurang-kurangnya RM1 sebulan untuk disalurkan kepada badan kebajikan. Ianya akan berlanjutan sehingga 12 bulan. Alhamdulillah, bagus jugak cadangan nie dilaksanakan, setidak-tidaknya dana bantuan dapat dinaikkan jumlahnya.

Dalam berita menyatakan 70% dari 1.2 juta kakitangan awam beragama Islam bersetuju. Ini bermakna 840 000 yang bersetuju. Jom kita mengira nak tak? Hihi..
840 000 orang x Rm1 = RM 840 000 ------ kutipan untuk sebulan.
RM 840 000 x 12 Bulan = RM 10 080 000 -----kutipan untuk setahun. WOW :p
*huhu, terima kasih kepada semua guru matematik yang mengajar S mengira :)




Ha, korang Nampak kn? Lebih dari 10 juta dapat dikumpulkan. Jumlah tu kalau kutipan RM1 seorang. Kalau lebih… hehe korang kiralah sendiri… malas nak kira…takut rosak kalkulator S nie.

So, marilah sama-sama beramal. Tambahan pula di bulan ramadhan yang mulia nie… jangan lah pulak lepas bulan Ramadhan nie korang dah tak nak menderma pulak!!

p/s: 70% yang bersetuju… lagi 30% ????? hurrrmmm, takpelah..asalkan masih ade yang nak menderma kan? :)


0 comments: