Salam, burrpppzzz.. Alhamdulillah hihihi baru lepas buka puasa. Korang berbuka makan ape tadi? Mesty kenyangkan… bagoz. Hurrrmm dalam post nie nak kongsi sikit video pasal kereta Malaysia. Mungkin S lambat tau..tapi takpelah, mungkin ade yang lagi lambat tau dari S kot. Huhuhu :D Tadi, sempat jugak belek-belek FB, pastu terjumpa pulak video nie. Ha, korang dah bace kan tajuk entry nie, huhuhuh kejam tak?? Tapi itu memang perkara betul..jeng jeng jeng.. 0 _ 0

Korang pernah tengok rancangan TV yang nama manje die TOP GEAR? Kalau tak pernah..pergi Tanya pakcik google. Okhay, kepada yang tau.. korang perasan tak ada seorang pengacara tu nama die Jeremy Clarkson… kalau tak silap S lah. Tengok nama tu betul-betul..bukan KELLY CLARKSON tau…hahhaha.  Die memang cukup pandai memberikan komen dah hujah tentang sesebuah kenderaan yang ada kat pasaran. Tapi S tak sangka pulak dia pandai buat eksperimen jugak!! Hahaha..



Kalau korang nak tengok betapa kejamnya mamat tu menyeksa kereta Perodua Kelisa tu, sila KLIK link  kat bawah nie.



Setelah dibelek-belek video yang ada kat youtube,S tengok ramai jugak yang marah kat omputih nie, dan ada jugak yang mengutuk kereta nasional. Aiisshhh, lantak pi lah. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tapi  lagi bagus kalau komen dan pandangan yang diberi tu adalah yang membina kn..kn… :)
Kepada adik-adik yang masih sekolah tadika. Jangan tengok eh, sebab kejam sangat…hahahha.. Apa-apa pon, S bangga jadi rakyat Malaysia!!

Kalau rajin tinggalkan komen ok :) tata..


Salam, hai post kali nie S buat untuk tunaikan janji S kat korang. S nak buat tutorial letakkan bendera berkibar mcm kat blog S nie… korang boleh scroll ke atas untuk tengok contoh atau pun tengok picture kat bawah nie.


*Bendera kat penjuru kanan

Okhay, caranya simple je. Tak memerlukan korang bukak buku java atau pon pelbagai lagi buku programming language. Ia hanya copy dan paste sahaja. Kalau rajin, korang boleh edit-edit sikit coding tu mengikut kesesuaian blog korang :)

1st sekali.. ikut direction nie…..

SILA CLICK LINK INI >>>> melromeo

Dah copy? Ok sekarang paste kat tempat yang disuruh tu..

Selamat mencuba..:) tata...

p/s: hehe sorry ek, blog nie dah disablekan right click... so, kalau S letak code .. korang bukannya dapat copy pon..huhuhu so, p copy kat blog melromeo, S pon belajar dari situ :) thanks melromeo.

Sumber: melromeo
Yuuhhuuu…. :) Assalamualaikum, cuba korang tengok jam tangan korang? Berapa hari bulan ek hari ni? Ha, S suruh tengok jam korang bukan sebab S nak tanya buka puasa pukul berapa.. tapi nak bagitau yang tak lama lagi jam tangan korang, jam dinding, jam laptop, jam netbook, jam sekolah dan bermacam-macam jam lagi akan menunjukkan pukul 12.00 tengah malam dan tarikhnya ialah 31 Ogos 2010. Ada apa dengan tarikh ni? Tak tau???? Toleh belah kanan korang… ade cawan tak?? Kalau ade, angkat cepat pastuh hentak sikit kat kepala tu…. Kalau cawan takda, abaikan arahan ini.. ngeh ngeh ngeh.. o_o

merdeka.....

Sekarang da ingat kan? Bagoz… Huhuhu.. Sambutan kemerdekaan pada tahun nie berlainan sikit dari tahun lepas. Sebab pertama ialah 31 Ogos jatuh pada bulan Ramadhan dan yang kedua ialah sambutan tahun ini diadakan di dalam Stadium Putra Bukit Jalil. 
Stadium Bukit Jalil 

Kenapa tahun ni kat dalam stadium?? Apesal tak buat kat dataran merdeka? Ha, soalan nie mesty famous dikalangan adik-adik comel. Dan soalan nie jugak lah yang penat nak dijawab oleh ibu bapa adik-adik comel ni…hihihi. Takpe kali nie biar S pulak yang jawab… Adik, tahun ni buat kat dalam stadium sebab, 31 Ogos tu kan kita sume berpuasa, Adik puasa tak? Ha,pastu.. bile dah puasa.. mesty badan kita letih sikit kn..kn..? So, untuk mengelakkan semua Hospital dan Klinik dipenuhi oleh peserta-peserta persembahan Hari Merdeka maka sambutan tahun ini diadakan di dalam stadium. Sejuk sikit.
Cuba bayangkan kepanasan matahari di dataran Merdeka di pagi hari….dah,dah cukuppp… panas kan?? Abg pon tak tahan dik oi. Hihi ;p


Jalur Gemilang 



Korang dah kibarkan bendera? Silalah kibarkan bendera. Tahun nie pon S tengok tak banyak kereta dan rumah yang kibarkan Jalur Gemilang. Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang. Aiihhh, pasang LAMPU KELIP-KELIP boleh.. takkanlah nak pasang bendera tak boleh hihihi…

Kepada blogger-blogger kat luar sana, anda pon boleh kibarkan Jalur gemilang sebenarnya… caranya ialah, pegy kedai bendera… pastuh beli bendera Malaysia yang kecik tuh..pastuh tampal kat blog korang. Cara nak tampal kat blog pulak ialah…. Lipat dulu bendera yang dibeli tadi..pastu sumbatkan bendera tu melalui screen komputer korang.


AWAS: Jangan buat kalau anda masih sayangkan komputer anda!!

Hihi.. S gurau je, jangan p ikut pulak… tu merapu merepek kerepek. Actually pakai coding. Simple gila. Nanty S buat post khas untuk pasang bendera tu. Kalau nak sambung kat sini, S rasa da macam karangan SPM pulak..korang pon menyampah nak bace panjang-panjang kn..kn..?
Harap bersabar ya :) tata…
Salam, beberapa hari yang lepas S ade bace paper online. Dalam tu ade berita pasal potong gaji sekurang-kurangnya RM1 sebulan untuk disalurkan kepada badan kebajikan. Ianya akan berlanjutan sehingga 12 bulan. Alhamdulillah, bagus jugak cadangan nie dilaksanakan, setidak-tidaknya dana bantuan dapat dinaikkan jumlahnya.

Dalam berita menyatakan 70% dari 1.2 juta kakitangan awam beragama Islam bersetuju. Ini bermakna 840 000 yang bersetuju. Jom kita mengira nak tak? Hihi..
840 000 orang x Rm1 = RM 840 000 ------ kutipan untuk sebulan.
RM 840 000 x 12 Bulan = RM 10 080 000 -----kutipan untuk setahun. WOW :p
*huhu, terima kasih kepada semua guru matematik yang mengajar S mengira :)




Ha, korang Nampak kn? Lebih dari 10 juta dapat dikumpulkan. Jumlah tu kalau kutipan RM1 seorang. Kalau lebih… hehe korang kiralah sendiri… malas nak kira…takut rosak kalkulator S nie.

So, marilah sama-sama beramal. Tambahan pula di bulan ramadhan yang mulia nie… jangan lah pulak lepas bulan Ramadhan nie korang dah tak nak menderma pulak!!

p/s: 70% yang bersetuju… lagi 30% ????? hurrrmmm, takpelah..asalkan masih ade yang nak menderma kan? :)




 Assalamualaikum, hai.. korang ingat lagy pasal duet raya RM 500 untuk petugas awam. Alarh, minggu lepas kan PM ade cakap nak bagi RM 500 sebagai tanda terima kasih. So, sekarang nie tarikhnya da ditetapkan untuk mereka2 yang layak menerima. Sesungguhnya S tak layak terima, sebab S kan student :) 
Tarikhnya ialah 1 September 2010.







Untuk mereka-mereka yang bergelar pesara, tebahagi kepada dua. Pesara yang menerima bayaran melalui bank, duit raya tu akan dimasukkan pada 6 september dan bagi pesara yang merima melalui waran tangkap pula, duit raya tersebut akan diposkan lebih awal.

Kriteria  yang melayakkan anda untuk menerima bonus tersebut ialah:

          1) Pegawai Tetap
          2) Pegawai Sementara
          3) Pegawai Sangkut (ape makna sangkut tu?)
          4) Pegawai Sambilan
          5) Pegawai Kontrak
          6) Guru Sandara
          7)  Pegawai yang bercuti separuh gaji

So, tahniah ye kepada yang dapat,sekurang-kurangnya dapat jugak meringankan perbelanjaan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Gunakan ia sebaik mungkin. Kalau tak tau nak buat ape ngn duit tu.. meh sini duit tuh, bagi kat S jew….hahaha ^_^

Sumber: Kosmo
Salam, hai...ape kabau? harap2 sehat.. Post nie S nak citer sikit pasal contest Bear Game kat blog ZAER nie. Kebanyakan blogger lain ade buat contest jugak.tapi amat jarang-jarang S join. Dan kebanyakkan contest dari blogger lain jugak agak rumit dari contest yang di buat oleh saudara zaer nie. Itu lah sebabnya S join contest die. Mana tak nya.. contest yang die buat sungguh mudah...budak tadika pon boleh join..huhuhu.. just main game sampai lebam mata, lebab tangan, lebam jari..then hantar gambar yang lebam tu kat emel die... hehe.. tipu je. Dalam contest tu kita just kena kumpul markah sebanyak yang boleh pastu kalau rase dah cukup banyak score tuh...print screen then hantar kat emel die. SENANG BUKAN?? Sebab tu lah S cakap contest nie budak tadika pon boleh join.

Ape? korang nak join? cuba bace balik tajuk entry ni. Contest tu da tamat ye pada 17 OGOS 2010 tepat jam 11.59 malam yang lepas. So lupakan lah niat tu :) Keputusan untuk pemenang contest itu pon dah dikeluarkan. Pemenangnya ialah saddam saudara AIDI. Beliau lah yang telah merembat wang tunai RM50 sebagai ganjaran dari kemenangan yang diperolehinya :) tahniah bro :)  S kalah ke?? ha betul lah tuh..S kalah..tapi S tetap rase bangga sikit sebab S dapat no 2. Kalau ade pingat kiranya S dapat PINGAT PERAK lah kan.. :) Tapi, apakan daya, pihak penganjur hanya menyediakan PINGAT EMAS sahaja. hehehe :p temat ketiga pulak ialah saudara Shahir@meng. Die adalah contester yang lebih awal dari S.

markah dan result .

Kat atas tu ialah markah dan result yang dikeluarkan. Cuba tengok markah S ngan markah aidi, tak jauh bezakan? hanya sejuta lebih je... APE??? hehhe..jauh tu.. dasat sungguh brader nie main. So, die memang layak untuk menang contest kali nie. :)

kepada penganjur contest nie, zaer http://xangonila.blogspot.com terima kasih kerana mengadakan contest ni. Dan terima kasih jugak sebab trafik di blog S meningkat lepas joint contest. So, kalau korang nak polis trafik korang meningkat.. rajin-rajinlah joint contest. kalau nak tamak tafik lagik, buat lah contest ikut jejak zaer. :)

Okhaylah, sampai sini je S nak membebel. Nanty kalau rajin... akan adelah post baru. tata :p


Assalamualaikum… hai, S nak tanya sikit nih.. korang tengok berita kat tv3 tak td? Tengok?? Ha, baguz.. baguz …korang perasan tak ade berita sukan citer pasal Singapore 2010 Youth Olympic Games? Games ape plak nie??? Tak tau?? klik kat SINI.  Dalam berita utama kat tv3 td ade citer pasal bola sepak .S rase kagum le dengan satu pasukan bola sepak tu. Bukan yang lelaki…bola sepak kaum Hawa dari Iran. Aip, jangan fikir bukan2…S bukan minat kat diorang(I’m taken already :D ) S minat cara pemakaian diorang je…

Diorang mengenakan pakaian yang menutup aurat!! Ya, S tau…pakaian nie dah lama, tapi entah lah..tadi mase tengok berita tuh..S rasa bangga sangat ngn diorang. Pemain-pemain Iran nie dah menunjukkan bahawa, kalau nak main bola…tak semestinyer terbukak sana…terbukak sini…terdedah sana..terdedah sini….aiiishhh tak pasal-pasal  pahala S kurang..jaat tol..

Dalam mase yang sama, pemain-pemain Iran ni dah menunjukan contoh kepada pemain-pemain bola sepak dari Negara-negara lain. Huhu, manalah tau..tetiba ade Negara bukan Islam berminat nak mengenakan pakaian sebegitu. S rase, sekarang nie pasukan Iran Berjaya peringkat seterusnya..peringkat ape? Itu S tak pasti. See, tak semestynye biler menutup aurat nie akan menyebabkan mutu permainan menjadi merosot dan pasukan menjadi pasukan ayam-ayam. Kalau tidak,takkanlah  pasukan tu boleh sampai ke peringkat youth Olympic nie.

Nampaknya sampai sini je  post S kali nie. Sekian terima kasih :) tata…

Assalamualaikum…hai, kali nie S nak citer sikit pasal antivirus. Tau tak antivirus tu ape? Kalau tak tau, klik kat SINI pastu taip antivirus :D

Komputer yang korang pakai tu guna antivirus ape? Kaspersky? Avg? Avast? Avira? Bitdefender?  Kalau S, S pilih Avast. Mungkin sebab dari dulu dah memang guna kowt  :) Tapi baru-baru nie ade something bad happened  to my laptop nie ha…. Nie sume gara-gara gatal tangan pi cucuk thumbdrive kat Lab Komputer kat KPTMKL. Actually bukan gatal sangat tangan S nie nak pi cucuk kat sana…S terpaksa sebab nak  print assignment. At last, bukan print assignment yang S dapat…assignment dan nota2 S kat dalam thumbdrive S yang hilang. Sume dah jadi ‘short cut’ dan bersaiz comel iaitu 1kb…ayoyo, betapa terbakarnye hatiku ini dengan virus tu….rasa macam nak ganyang-ganyang je pc kat lab tu nasib baik sempat hatiku berkata-kata “Saddam, ko ade duet ke nak ganti balik PC nie” haha terus S buang niat S tu.. huhuhu

Nasib baik S ade copy assignment  kat laptop S…aaiisshhh virus nie sungguh menyusahkan S…
WOI SADDAM BILE KO NAK CITER PASAL BEDDEFENDER NIE?? Oppss hihihi sorry… ok,citernye mcm nie.. biler S cucuk balik kat laptop S,virus tu berjangkit kat laptop S. Walhal S dah scan dulu and da dapat detect pon…sampai sekarang menjadi soalan kat S. Then,S pon mintak tolong kawan S..S tanya die mcm mana nak buat…ha,lupa lak nk ckp kat korang..salah satu nama manje si virus nie..qaizuu.exe… lepas S tanya kawan S tu, die cakap pergy kat website Bitdefender then buat online scan. S pon buat lah ape yang disuruh. Tapi still tak solve jugak prob S.

Biler dah tak solve,S pon gatal tangan pi klik download Bitdefender tuh… lepas S install dan buat ape yg patut..akhirnya dapat jugak S buang virus-virus tu(not at all) pastu,S pon biar jelah si Bitdefender tu duduk menetap dalam laptop. 
TADA>>>pada hari esoknya..komputer S menjadi seperti seekor kura-kura…..kalau nk bukak browser toksah cakap le…S boleh masak RENDANG AYAM pastu datang balik pon belum bukak lagy…hihihihi tipu je…tapi pokoknye computer S mmg dah jadi tersangatlah lembab. Pada mulanya S tak perasan si Bitdefender ni yang melembab computer S, tapi lepas S borak2 ngan kengkawan S yg lain..ramai jugak yang ckp Bitdefender lembabkan computer. Then, S ambik keputusan,S nak pisahkan Bitdefender ngan laptop S….shuhh..shuhh..pi jauh-jauh. Haa… lepas S dah buang..baru le laptop S laju seperti biasa. :)

So, moral of the story.. S nk bagi pendapat S iaitu si Bitdefender nie satu antivirus yang melembabkan computer…TAPI die ade sifat baik jugak…nie pon kawan S yg ckp…Bitdefender nie protection die bile kita online lebih secure kowt. :)

Oklah, sampai sini je post S kali nie..kalau computer/laptop korang takda antivirus.. korang klik kat bawah nie..then download antivirus …ade yang free and berbayar.


~AVG~

tata :D
Assalamualaikum, kali nie S nak citer sikit pasal tips merawat untuk mereka yang mempunyai penyakit gastrik. Korang ade bace entry S yang tajuknya Selamat Datang Bulan Ramadhan? Kalau belum,jemputlah bace yerk then korang akan tau kenapa S tulis entry nie :)
OK lah taknak membebel panjang, kat bawah nie ade sedikit tips atau petua untuk sesiapa yang ade gastrik.

1. Tetapkan waktu makan tengahari pukul 1.Jangan ubah-ubah.

2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.

3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau.

4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, pizza.

5. Elakkan makan terlalu KENYANG.

6. Elakkan cuka, makanan yang PEDAS.

7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.

8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung sebab makanan-makanan nie membuatkan perut berangin dan kembung.

9. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

10. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

tamau menipu tau....nanti kantoi baru tau :p

S dapat info nie lepas S menjelajah dengan Pakcik Google. S bukan buang tebiat nak buat post pasal gastrik nie,tapi S kesian tengok orang yang ade penyakit nie plus S ade member yang ade gastrik…diorang punyer dugaan di bulan puasa nie lebih besar dari kita yang takda gastrik. So,S harap kalau ade sesiapa yang bace entry nie dan ade dikalangan kawan2 die yang ade gastrik, boleh lah bagitau diorang. Seronok rasenye kalau S dapat bantu :)

Oklah sampai sini post ini yer..tata :D
Rujukan: fajridil
Assalamualaikum, ape khabar? sehat tak? harap-harap sehat-sehat belaka. Maklumlah sekarang nie virus dan kuman semakin banyak. Dalam surat khabar kosmo hari ni ade keluarkan artikel pasal satu kuman baru yang sangat kebal terhadap semua antibiotik!! Dan nak memburukkan lagi keadaan, kuman ni merebak dengan pantasnya ke seluruh DUNIA!!. Asal usul kuman nie dipercayai berasal dari India dan nama die Virus Super nama manja die pulak ialah New Delhi Metallo-lactamase-1.Kalau korang nak bace lebih terperinci...pergi beli surat khabar kosmo atau pon bace kat KOSMO ONLINE.

Okhay lah sampai sini je post kali nie... Jaga kesihatan tau :) Amalkan gaya hidup sihat.
 tata :D

Rujukan: KOSMO

esok Raya..eh silap..PUASA..

Assalamualaikum.. Ape khabar? S harap kalau ade org yg bace blog S nie sehat2 belaka... :)
Hari nie bertarikh 11 Ogos 2010..bermulalah hari pertama untuk kita sebagai umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ke-4 iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan..


 welcome Ramadhan

Amacam? Agak2 penuh tak puasa tahun nie??(ello..puasa penuh wajib taw..) Hihi...soalan tu hanya untuk mereka yang maybe ade masalah kesihatan...yang sehat walafiat tuh jangan nak ngade-ngade ponteng....dosa tau. Untuk yang perempuan..S malas lah nak citer,korang faham sendiri sudah lah. Yang lelaki nie, mungkin ade jugak yang tak puasa penuh...tapi positive thinking okhay... S ade jugak kenal beberapa member yang ade masalah kesihatan nie..sebagai contoh ade penyakit gastrik. Ha, penyakit nie S rase dah banyak kali ditanyakan bile ade soal jawab pasal puasa. Kalau tak salah S, mereka nie special kes... Yelah,ingat ye..Islam itu memudahkan.. Mengikut ape yang S faham dan ade ustaz ckp kat S.. Kalau mendatangkan kemudaratan kepada pesakit yang meneruskan puasanya... Digalakkan die berbuka..S tak pasti samada Wajib atau Harus..Kalau S salah tolong betulkan S yer...bahaya wooo keluarkan statement salah... :) So, kepada yang ade gastric, mungkin anda boleh mengambil initiative dengan mengamalan petua2..atau pon makan makanan tambahan untuk mereka2 yang gastrk. Yang sehat pulak, jangan le ngade-ngade nk buat2 sakit gastrik :)

selamat berpuasa yek... ;p

Dalam post nie.. S nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia..Brunei..Singapore..Indonesia..Thailand….ahh,penat le nak taip satu-satu,senang citer satu dunia.. :) Semoga Ramadhan tahun ini lebih Bermakna :)
Okhaylah, sampai sini dulu post S… esok-esok S buat post baru… tata.. :p


Assalamualaikum.. dalam post nie S nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada seorang emak yang telah membesarkan S dengan penuh kasih sayang...

Mak,Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... terima kasih kerana sabar dengan kerenah anak mak yang sorang nie.. terima kasih mak :)

hari jadi mak kali nie disambut dengan kek kecik je pada pukul 12..sbb kami dah plan nak sambut pada hari lain... mak pulak busy memasak utk kenduri sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagy...dan diselitkanlah sekali utk kenduri arwah... harap-harap majlis akan berjalan lancar. :)
ok lah sampai sini je post kali nie :) tata..

harga kerepek raya 2010

Assalamualaikum, ape khabar?? harap2 sehat.. :) dalam post nie S taknak bebel panjang-panjang....
kalau korang ade soalan ape2... tanya je direct kat no telefon tu eh... kata mana? tu..tu.. kat dalam picture harga kerepek tu... korang boleh save file and zoom ye... tak nampak jugak??
nah amek nie.. sms/call S -0132996375(urusan biz je taw) sekian :)

JENIS
PRODUK
500gram
1kg
A
Jejari Ikan Bilis
RM7.00
RM13.00
B
Jejari Udang
RM7.00
RM13.00
C
Kerepek Keledek
RM6.50
RM12.00
D
Kerepek Keledek Jejari
RM6.50
RM12.00
E
Kerepek Pisang Manis
RM8.50
RM18.00
F
Kerepek Pisang Manis Bijan
RM9.00
RM17.00
G
Kerepek Pisang Tanduk
RM9.50
RM18.00
H
Kerepek Ubi BBQ
RM8.50
RM16.00
I
Kerepek Ubi Jagung
RM7.00
RM13.00
J
Kerepek Ubi Jejari
RM6.00
RM11.00
K
Kerepek Ubi Lada Hitam
RM8.50
RM16.00
L
Kerepek Ubi Masin
RM6.00
RM11.00
M
Kerepek Ubi Onion&Sour Cream
RM7.50
RM14.00
N
Kerepek Ubi Pedas Basah
RM7.00
RM13.00
O
Kerepek Ubi Pedas Kering
RM7.00
RM13.00
P
Keropok Bawang
RM7.00
RM13.00
Q
Keropok Kacang Dhal
RM9.00
RM17.00
R
Keropok Kacang Hijau
RM9.00
RM17.00
S
Keropok Opak BBQ
RM8.50
RM16.00
T
Keropok Opak Lada Hitam
RM8.50
RM16.00