Alhamdulillah, selesai sudah Konvensyen Keusahawanan Internet 2016 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Dengan bayaran RM20 seorang, ianya sangat berbaloi. Sebenarnya pakcik hanya bayar RM10 sebab pakcik datang ber-3. Pihak penganjur ada pakej Kombo dan ianya lebih jimat.




Sepanjang konvensyen 2 hari ini, banyak yang pakcik belajar. ada seramai lebih kurang 40 tenaga pengajar, SIFU yang terlibat dalam konvensyen kali ni. Memang tak sempat nak menuntut ilmu dengan mereka semua, tapi pakcik dapat jugak sedut ilmu daripada 2 3 orang sifu.

Antara yang pakcik belajar di konvensyen ni ialah marketing, copywriting, SEO dan macam-macam lagi. Secara keseluruahannya pakcik bersyukur sebab dapat peluang join konvensyen kali ni


Terima kasih kepada pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) kerana menganjurkan aktiviti macam ini. Diharap tahun depan ada lagi dan ianya lebih power daripada tahun ini. Bab masalah pendafataran hari pertama tu takpelah, tutup sebelah mata je... hopefully tahun depan pihak penganjur dapat buat pendaftaran yang lebih sistematik ye.. SEPP sikiittt.. ;)

Sekian.
Harini pakcik nak cerita sikit pasal online banking daripada bank terkemuka dalam Malaysia ni iaitu Maybank. Korang semua dah ada M2U ke belom. Kalau belom, pergi buat cepat.
Malas nak pergi branch Maybank ?? Halo brader, sekarang ni daftar M2U account online je, tak perlu nk start enjin kereta and kena beratur ambil nombor bagai. Korang click link ni (M2U) dan ikut je arahan yang dia bagi. Tadaaaa..settle. 



Jom kembali ke tajuk asal, meh pakcik highlight sikit 3 kelebihan M2U

Tak perlu beratur.

Korang mesti pernah pergi mana-mana syarikat utility untuk buat pembayaran bil sebelum ni kan. Nahh, sekarang semua tu dah jadi kenangan sebab bila korang pakai M2U, hampir semua bil orang boleh bayar tanpa perlu keluar rumah pun. Korang siap boleh buat auto-debit lagi kalau bil tu adalah bil bulanan. Senang takyah nak pening-pening setiap bulan nak kena ingat bil mana dah bayar, bil mana belum bayar. Tapi paling penting dalam akaun Maybank korang kena ada duit le hihi :p

Keluarkan duit tanpa kad ATM.

Ha, ni pun kadang2 korang pernah rasa jugak kan?? Dah jalan jauh-jauh lepas tu baru perasan yang dompet tertinggal, nak patah balik amek duit macam malas huhu. Jangan risau, dengan M2u, korang boleh keluarkan duit tanpa Kad ATM di 2500 ATM machine seluruh Malaysia. So, korang takkan kebulur lah haritu hahaha :D

Jari anda adalah password anda.

Haaa yang ni pakcik suka, sejak dah guna handphone yang finger print verification ni rasa senang pulak nk unlock phone. Sekarang ni technology finger print dan dimasukkan sekali kat M2U apps. Korang boleh guna jari atau 6 digit pin untuk periksa baki duit dalam akaun bank korang. Dalam M2u Apps ada function Quick Balance yang sememangnya sangat Quick untuk korang periksa baki duit.

Amacam, bestkan ade M2U, ni baru 3 benda je pakcik highlight kan kat korang. Sebenarnya ada banyak benda best dengan M2u ni. So, cepat pergi daftar M2U korang.

Sekian.
Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Aidil adha diucapkan kepada semua kenalan. Semoga hari ini dapat menyegarkan semula ingatan kita tentang erti pengorbanan. Seperti yang dilakukan oleh keluarga Nabi Ibrahim a.s.



Dalam hidup ini tak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita dan tak semua yang kita harapkan akan terjadi seperti yang kita harapkan. Kita kena belajar untuk memahami erti pengorbanan. InsyaAllah, sebuah pengorbanan yang ikhlas akan mendatangkan sesuatu yang positif dalam hidup kita.

Selamat Hari Raya :)
Kalau kau cari keburukan,
Maka kau akan jumpa keburukan,
Kalau kau cari kebaikan, 
InsyaAllah kau akan jumpa kebaikan.



Kalau bukan Rakyat Malaysia sendiri yang menjaga Malaysia.. Siapa lagi ?? Sayangi Malaysia, Sayangi Negara, 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

#sehatisejiwa #malaysia #merdeka59


Alhamdulillah, dah hampir 2 minggu kita berpuasa. Selamat beribadah dibulan yang mulia ni ye kawan-kawan semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Secara tak langsung lagi 2 minggu Syawal akan menjelma. Jadi, harini aku nak mengwara-warakan berkenaan kerepek raya 2016. Seperti biasa seperti tahun-tahun sebelum ni. kakak aku akan menjual kerepek. Kerepek apa yang dijual? Korang boleh tengok gambar kat bawah ni.















Kerepek yang korang nak takda dalam gambar tu dan kalau ada sesiapa yang berminat nak order kerepek raya tahun ni.  Korang boleh contact aku O132996375 - Saddam

Sekian.